Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Bacaan Doa Waktu Pagi Dalam Rumi, InsyaAllah Rezeki Masuk & Mudah Segala Urusan

Waktu pagi adalah permulaan hari untuk kita dan Islam mengalakkan agar membaca beberapa doa waktu pagi supaya mendapati keberkatan dan keredaan Allah SWT.

Di bawah ini penulis kongsikan doa yang boleh diamalkan setiap hari supaya segala urusan dipermudahkan. Ikuti perkongsian lanjut di bawah.

Baca juga: Menyesal Dengan Dosa Lampau, Ini Cara Mandi Taubat Dan Niat, Jom Amalkan

DOA WAKTU PAGI BOLEH DIBACA AGAR REZEKI MASUK

doa waktu pagi

Terdapat beberapa doa boleh dibaca, antaranya:

1. Membaca ayat kursi

2. Zikir pagi

اللّٰهُمَّ بِكَ أََصْبَحْنَا، وَبِكَ أَمْسَيْنَا، وَبِكَ نَحْيَا، وَبِكَ نَمُوْتُ وَإِلَيْكَ النُّشُوْرُ

Allahuma bika ashbana, wa bika amsaina, wa bika nahya, wa bika namutu, wa ilaikan nusyuru

Maksudnya: “Ya Allah denganMu aku berpagi hari, denganMu aku berpetang hari, denganMu kami hidup, denganMu kami mati. Hanya kepadaMu (kami) kembali.”

3. Doa pagi

اللَّهُمَّ إنِّي أَسْأَلُكَ عِلْماً نَافِعاً، وَرِزْقاً طَيِّباً، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

Allahumma Inniy As-aluka Ilman naafi’an, wa-rizqon thoyibban, wa”amalan mutaqobbalan

Maksudnya: “Ya Allah sesungguhnya, aku memohon kepada-Mu, ilmu yng bermanfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima”

Selain itu, antara zikir dan doa waktu pagi seperti yang diamalkan oleh Rasulullah adalah:

– Membaca 3 qul (Al-ikhlas, Al-falaq dan An-nas)

– Membaca saiyidatul istighfar satu kali

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Allaahumma Anta Rabbii Laa ilaaha illaa Annta Kholaq-tanii Wa Anaa ‘Abduka Wa Anaa ‘Ala ‘Ahdika Wawa’ Dika Mas-tatha’-tu Auudzu-bika Min Syarrimaa Sona’-tu Abuu-U Laka Bini’matika ‘Alayya Wa Abuu-U Bidzanmmbi, Faghfirlii Fainnahu Laa Yagh-Firudz-zunuuba Illaa Annta.

– Membaca doa pelindung diri

للَّهُمَّ مَا أَصْبَحَ بِي مِنْ نِعْمَةٍ فَمِنْكَ وَحْدَكَ لَا شَرِيْكَ لَكَ، لَكَ الحَمْدُ وَلَكَ الشُّكْرُ

Allahumma ma ashbaha bī min ni‘matin fa minka wahdaka lā syarīka laka, lakal hamdu wa lakas syukru.

Maksudnya: “Tuhanku, nikmat yang menyertaiku berpagi hari ini semata berasal dari Mu yang esa, tiada sekutu bagi Mu. Bagi Mu segala puji dan syukur.” (Hadis Riwayat Abu Dawud)

Rasulullah SAW bersabda:

“Bangunlah pada pagi hari untuk mencari rezeki dan keperluan-keperluan hidupmu. Sesungguhnya pada pagi hari, terdapat berkat dan keberuntungan.”

Semoga bermanfaat!

Baca juga: 30 Orang Pertama Dalam Islam, Yang Terakhir Itu Anak Tanya, Confirm Tak Gagap Nak Jawab!

Sumber: Motherhood & Taqwa

The post Bacaan Doa Waktu Pagi Dalam Rumi, InsyaAllah Rezeki Masuk & Mudah Segala Urusan first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!