Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Pesta seludup ‘barang’ ketika musim tengkujuh

BESUT – Terdapat sindiket dikesan mengambil kesempatan menjadikan musim tengkujuh untuk menggiatkan aktiviti penyeludupan menggunakan jalan laut kerana mengandaikan pihak berkuasa sedang sibuk membantu mangsa bencana.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Mohamad berkata, berdasarkan rekod, pasti ada kes cubaan penyeludupan di perairan daerah ini pada setiap musim tengkujuh.

Katanya, pihak polis berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk rokok menerusi jalan laut pada musim tengkujuh dua tahun berturut-turut.

“Tahun lalu, cubaan untuk membawa masuk rokok seludup menerusi bot berjaya dipatahkan di perairan Besut.

“Tahun ini pula, kita berjaya merampas 9,900 karton rokok disyaki seludup dianggarkan bernilai keseluruhan RM1.69 juta di pesisir Pantai Air Tawar di sini pada 8 November lalu,” katanya.

Abdul Rozak berkata, sewaktu serbuan dilakukan, bekalan rokok disyaki seludup berkenaan sedang dipunggah masuk ke dalam sebuah lori.

Begitupun, jelas beliau, beberapa lelaki yang disyaki anggota sindiket sempat melarikan diri apabila lokasi kejadian diser­bu anggota Pasukan Gerakan Marin (PGM).

“Mungkin mereka merasakan pemantauan pihak berkuasa akan berkurangan pada musim tengkujuh.

“Ini kerana, mereka mengandaikan pihak berkuasa negara ini memberi fokus membantu mangsa banjir selain masalah logistik akibat laut bergelora pada Monsun Timur Laut,” ujarnya.

Abdul Rozak menegaskan, andaian sindiket tersebut silap ke­ra­na pihak berkuasa tidak pernah leka kerana pemantauan bagi membanteras jenayah di perairan negara tetap dilakukan walaupun pada musim tengkujuh.

ABDUL ROZAK (kanan) menunjukkan rokok dipercayai seludup yang dirampas di Pantai Air Tawar, Besut pada awal bulan November tahun lalu.

The post Pesta seludup ‘barang’ ketika musim tengkujuh appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!