Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Tips Putihkan Baju Sekolah Lama Guna Sabun ‘Buku’ Ini, Clorox & Nila Boleh Simpan Tepi!

Sesi persekolahan bakal bermula, pastinya para ibu bapa sedang sibuk menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak. Tak semua barang perlu beli baru termasuklah baju sekolah anak. Hal ini kerana, terdapat tips mudah putihkan baju sekolah lama yang sudah kelihatan kurang ‘seri’ warnanya.

Sayang dari membazir buang, kalau ia masih elok dipakai. Jadi, mari ikuti tip putihkan baju sekolah dikongsikan oleh Leena Hassan.

Baca juga: 7 Cara Hilangkan Bau Kucing Dari Rumah, Termasuk Bau Hancing & Bulu Kucing!

PUTIHKAN BAJU SEKOLAH

putihkan baju sekolah

Gambar: Bab ini kena gigih ye sebab perlu parut. Keep stock. Nanti senang, bila nak guna tinggal cedok saja. – Leena Hassan

Sebab sabun inilah kerja saya jadi mudah. Dah 5 tahun saya amalkan, alhamdulillah baju masih putih bersih. Sekarang ini baju sekolah anak pun, buat macam ini juga.

Tak guna clorox, tak guna nila, tak guna vanish tapi guna sabun buku LUX.

putihkan baju sekolah

Gambar: Bau yang pink ni sedap, tahan lama. Tapi sekarang suka yang warna putih & biru. Tak kisah warna, kesannya tetap sama. Tetap putih. – Leena Hassan

Baca juga: 9 Tips Bersihkan Tangan Dari Cat Semburan, Tak Perlu Susah Payah Sental Kulit Tau!

Baca juga: 4 Kaedah Betul & Mudah Basuh Bantal, Ikut Kategori Kotoran Mana Satu Yang Ada!

Caranya:

  1. Rendam baju-baju putih dengan sabun lux yang diparut selama satu malam.
  2. Tambahkan sikit sahaja sabun baju biasa TOP Detergent Malaysia.
  3. Esoknya, terus on mesin basuh.

Tip ini, seorang nurse KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA yang beritahu.

cara putihkan baju sekolah

Gambar: Letak sabun parut #LUX, air, sikit sabun debu biasa dan rendamkan semalaman. Esok tekan suis mesin, On. – Leena Hassan

Baca juga: Cara Mudah Cuci Dinding Bilik Air Banyak Kotoran Degil Tanpa Perlu Sental, Tips Ahli Kimia!

Sumber: Leena Hassan

FT Image: Leena Hassan

The post Tips Putihkan Baju Sekolah Lama Guna Sabun ‘Buku’ Ini, Clorox & Nila Boleh Simpan Tepi! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!