Rekod Dunia 68 Batang Macis Dalam Lubang Hidung
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Rekod Dunia 68 Batang Macis Dalam Lubang Hidung
Lelaki Denmark menempa rekod luar biasa dalam Guinness World Records (GWR) selepas berjaya memasukkan 68 batang mancis ke dalam lubang hidungnya.
Peter von Tangen Buskov, 39, dianugerah gelaran untuk mancis terbanyak disumbat dalam lubang hidung, mengatasi rekod asalnya 45 batang mancis.
“Apa yang mengejutkan adalah ia langsung tidak sakit. Saya mempunyai lubang hidung yang besar dan kulit agak tegang. Saya percaya itu yang banyak membantu,” kata Buskov kepada GWR.
Buskov berkata, dia memilih cabaran itu selepas meneliti rekod dunia lain yang cuba diatasi.
Katanya, dia tidak terfikir boleh mengalahkan rekod sendiri, tetapi menolak untuk mencuba lagi cabaran sama pada masa depan.
“Bagi saya, menambah kapasiti (mancis) memerlukan latihan atau mungkin hidung saya akan membesar apabila usia saya meningkat,” katanya yang dipetik UPI.-hmetro
The post Rekod Dunia 68 Batang Macis Dalam Lubang Hidung appeared first on BadusInfo.com.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan