Cara Masak Mee Bandung Simple Berkuah Pekat, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’

Imej
https://ift.tt/46lLDaW Musim hujan pada waktu petang membuatkan ramai teringin berbuka puasa dengan hidangan berkuah yang hangat. Oleh itu, anda boleh cuba cara masak Mee Bandung yang simple ini. Mee Bandung adalah hidangan mee paling popular di Malaysia yang berasal dari Johor. Gandingan mee kuning bersama telur dan kuah pekat mampu membuat selera terangkat. Cara masak Mee Bandung ini dikongsikan oleh Halimatussaadiah Sidek di Facebook bersama rahsia kuah yang pekat dan sedap dihirup. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi! CARA MASAK MEE BANDUNG Bahan kisar: 2 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 10 tangkai lada kering (kurangkan jika tak nak pedas) 2 paket udang kering Bahan-bahan lain: ½kg mee kuning Segenggam kacang tanah (goreng dan tumbuk) 2 sudu tepung gandum (bancuh dengan air biar cair) Gula Garam Ajinomoto Daging Sotong Udang (ikut suka) Sawi Lobak merah Tauhu Daun sup Bawang g...

Sepatutnya rancang awal belanja sekolah, raya – Pakar

PETALING JAYA – Kegagalan membuat perancangan lebih awal antara punca berlakunya situasi ‘panik’ ibu bapa apabila terpaksa membuat persediaan perbelanjaan sekolah, Ramadan dan Aidilfitri tahun ini.

Dekan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr. Mohamad Fazli Sabri berkata, seharusnya perancangan dan persiapan dapat dilakukan lebih awal sebagai persediaan.

“Sebenarnya perbelanjaan bermusim ni bukan sesuatu yang kita tidak jangkakan, contohnya sesi baru persekolahan dan pe­rayaan yang kita sedia maklum berlaku setiap tahun.

“Semua ini adalah sesuatu yang kita boleh rancang lebih awal dan simpan bajet perbelanjaan. Yang jadi masalah apabila tak rancang dan tempuh saja bila tiba masa, itu yang jadi masalah,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, amalan ukur baju di badan sendiri dan utamakan perkara lebih penting juga perlu dijadikan panduan dalam menguruskan perbelanjaan seharian.

“Beri keutamaan kepada perkara yang lebih penting dan amalkan alternatif kesederhanaan. Elakkan bermewah-mewah sebab kita tak tahu bila situasi ekonomi negara akan pulih.

“Mana yang boleh dipakai atau digunakan lagi, tak perlu beli baharu. Bezakan antara keperluan dan kemahuan sebab ia senang diucap, hakikatnya bersederhana ini memerlukan pemahaman serta usaha untuk direalisasikan.

“Bukan tukar telefon bimbit, kereta atau ubah suai rumah tetapi perbelanjaan pendidikan anak-anak, pelaburan kesihatan dan simpanan tabung kecemasan itu yang perlu diutamakan.

“Jika mampu tak mengapa tapi kalau sekadar cukup makan, ukur baju di badan sendiri. Jika keperluan anak dan keluarga terganggu semata-mata kerana tuntutan emosi atau nafsu, itu tidak adil dan salah,” ujarnya.

Dalam masa sama katanya, e­lak berhutang bagi memenuhi tuntutan perbelanjaan supaya tidak menanggung bebanan dan kesukaran untuk membuat pembayaran pada masa akan datang.

“Elakkan konsep gali lubang tutup lubang. Saya tidak sarankan untuk penuhi semua ini ­dengan membuat pinjaman peribadi, guna kad kredit, along atau ceti haram.

“Jangan sampai semata-mata nak penuhi kehendak semasa hingga kita perlu bergolok-gadai sekali gus beri kesan pada kehidupan seharian dan keharmonian keluarga. Berhutang seronoknya dua ke tiga hari saja tapi nak tanggung azab hutang itu yang lama,” jelasnya lagi.

Tambahnya, inisiatif yang disediakan kerajaan juga perlu digunakan sebaiknya kerana ia membantu untuk kegunaan bagi masa-masa tertentu.

“Kos sara hidup sering di­salahkan sedangkan saban tahun semua sedia maklum berlaku kenaikan di luar kawalan kita, tetapi sebagai pengguna, perancangan itu penting.

“Contohnya wang Bantuan Awal Persekolahan dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi golongan B40, rancang dan gunakan sebaiknya,” katanya.

The post Sepatutnya rancang awal belanja sekolah, raya – Pakar appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!