Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

13 Tahun Kerja Kedai Emas, Wanita Ini ‘Bocor’ Rahsia Cara Cuci Barang Kemas Macam Di Kedai!

Pemakaian barangan kemas dalam kalangan wanita sudah menjadi kebiasaan. Ada yang hanya memakai perhiasan ini pada acara tertentu sahaja malah ada juga yang memakainya setiap hari tanpa ditanggalkan. Jadi, lama kelamaan warna dan ‘seri’ barang perhiasan ini dilihat makin kurang dan inilah sebabnya anda kena tahu cara cuci barang kemas tersebut.

Mempunyai pengalaman selama 13 tahun bekerja di kedai emas, perkongsian dari Bunga Yanie di lama Facebook ini menunjukkan cara mencuci barang kemas anda seperti yang dilakukan di kedai. Jadi, boleh buat sahaja di rumah tanpa perlu mengeluarkan sebarang bayaran di kedai!

Baca juga: Cara Rawat Kalau Terkena Sengatan Ikan Sembilang & Berbisa, Nampak Pelik Tapi Berkesan!

CARA CUCI BARANG KEMAS MACAM DI KEDAI

Sis bongkar pengalaman 13 tahun kerja kedai emas. Lepas ni tak perlu susah-susah pergi kedai emas cuci kena caj. Cara cuci emas 750, 916, 999. Jangan risau emas anda takkan lebur. Kalau emas Korea jangan sesekali tiru ya. Tak payah bazir duit hantar cuci di kedai emas sebab inilah cara mereka cuci emas.

cara cuci barang kemas

Apa yang anda perlu lakukan:

1. Sediakan cecair pencuci pinggan jenama Joy atau Glo.

2. Tuang dalam periuk bersama air.

3. Masukkan barang kemas anda ke dalam air sabun tadi dan buka api.

4. Kacau barang kemas tadi sampai air mendidih dan nampak kotoran terapung. Kemudian boleh tutup api.

5. Masukkan barang kemas tadi dalam besen berisi air bersih.

6. Sental guna berus gigi dan bilas.

7. Kemudian keringkan, boleh guna pengering rambut atau lap dan biarkan kering.

cara cuci barang kemas

*Dah nampak kembali baharu dan berkilat!

Baca juga: Cara Paling Mudah Tanam Pokok Ketumbar Guna Biji Ketumbar, Nak Masak Petik Je!

Sumber: Bunga Yanie

The post 13 Tahun Kerja Kedai Emas, Wanita Ini ‘Bocor’ Rahsia Cara Cuci Barang Kemas Macam Di Kedai! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!