Resepi Sandwich Burger Guna Roti Gardenia, Menu Ringkas Dan Cepat Siap!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Bangun pagi saja mesti nak kena makan sarapan yang lazat, barulah bersemangat untuk menjalani urusan harian. Jadi, anda patut cuba resepi Sandwich Burger yang mudah ini.
Sandwich Burger ialah hidangan paling ringkas dan sedap dengan menggunakan kombinasi roti dan daging burger yang berjus. Biasanya, ia menjadi pilihan mak-mak untuk bekal anak ke sekolah.
Bukan saja untuk sarapan dan bekal, malah Sandwich Burger ini juga sesuai dijadikan sebagai menu minum petang di rumah. Nak buat untuk potluck pun, apa salahnya.
Kadangkala mood tak nak makan nasi tapi perut tetap lapar, jadi anda boleh buat Sandwich Burger kerana ia begitu mudah dan cukup mengenyangkan.
Melalui perkongsian video di TikTok, yatiesden telah tunjukkan cara buat Sandwich Burger yang sangat mudah dengan menggunakan roti Gardenia dan masak atas kuali saja. Jom kita cuba!
Baca juga: Sandwich Telur Rebus Paling Simple, Bahan Ringkas Tapi Rasa Premium!
RESEPI SANDWICH BURGER
Bahan-bahan:
- Roti Gardenia
- Daging burger
- Sedikit minyak masak
- Telur
- Sos cili
- Mayonis
- Salad
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, goreng daging burger terlebih dahulu (nak guna daging ayam pun boleh). Alih-alihkan sampai masak, kemudian angkat.
2. Selepas itu, potong dua keping roti menjadi dua bahagian.
3. Kemudian, panaskan sedikit minyak dalam kuali dan pecahkan 2 biji telur seperti nak buat telur dadar (jangan lupa pastikan untuk guna api dapur yang perlahan saja).
4. Seterusnya, celup roti atas telur dan apabila telur sudah masak, boleh terbalikkan.
5. Setelah itu, letak sos cili dan mayonis, kemudian lipat bahagian tepi telur.
6. Letak daging burger dan salad, kemudian picit sedikit sos cili.
7. Akhir sekali, lipat dua dan angkat. Siap untuk dinikmati!
Dengan menggunakan bahan yang ringkas dalam resepi Sandwich Burger ini, anda sudah menyiapkan hidangan yang cukup lazat untuk keluarga tersayang di rumah.
Tambahan pula, menu begini pasti menjadi kesukaan ramai terutamanya kanak-kanak. Cubalah buat sekali di rumah untuk anak-anak, pasti mereka minta lagi nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: yatiesden
Baca juga: Cara Buat Roti Goreng Lemak Manis, Menu Ringkas Tapi Sedap Luar Biasa
The post Resepi Sandwich Burger Guna Roti Gardenia, Menu Ringkas Dan Cepat Siap! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan