Cara Buat Ayam Berempah Beraroma, Paling Penting Jangan Letak Atas Tisu Selepas Goreng!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Nak hidangkan ayam goreng tapi dalam versi luar biasa, anda boleh gunakan cara buat Ayam Berempah ini. Jika dibuat sebagai lauk di rumah, pasti keluarga anda menyukainya.
Ayam Berempah ialah hidangan ayam yang dimasak dengan pelbagai rempah ratus tempatan seperti serai, halia, kunyit, ketumbar, jintan putih, jintan manis dan daun kari.
Muliadi Ramli telah kongsikan cara buat Ayam Berempah di Facebook serta tips untuk mengelakkan ayam jadi lemau atau tak garing apabila dimakan. Jom kita cuba!
Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Tips Goreng Ayam Guna Garam, Sedap Sampai Ke Tulang!
CARA BUAT AYAM BEREMPAH
Bahan A:
- 1.5kg ayam (dibasuh, dipotong dan dibersihkan)
Bahan B (kisar halus):
- 2 batang serai
- 3 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 2 sudu besar biji ketumbar
- 1 sudu besar jintan putih dan jintan manis
Bahan C:
- 2 sudu besar serbuk kari daging
- 2 sudu besar serbuk cili
- ½ sudu besar serbuk kunyit
- 2 tangkai daun kari
- Garam, gula dan perasa
- 5 sudu besar tepung Bestari (pedas)
- 2 sudu besar tepung jagung
Bahan D:
- 5 batang serai (dikisar kasar atau chopper, tapis dan ambil serdak-serdaknya)
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, campurkan semua bahan di atas dengan ayam.
2. Selepas itu, perap sekurang- kurangnya 1 jam untuk dibiarkan bahan perapan dan ayam mesra. Jika perap satu malam, lagi sedap.
3. Kemudian, goreng menggunakan api yang sederhana besar dengan memasukkan ayam apabila minyak betul- betul panas.
4. Sewaktu goreng ayam, boleh masukkan daun kari kerana ia akan memberi bau yang sangat wangi, angkat dan toskan. Siap untuk dihidang!
Sebenarnya, ada tips menarik dalam cara buat Ayam Berempah ini untuk anda cuba di rumah. Setelah siap digoreng, jangan terus letak ayam di atas tisu untuk toskan minyaknya kerana nanti ia jadi lemau dan tak garing.
Selamat mencuba!
Sumber: Muliadi Ramli
Baca juga: Peniaga Kongsi Resepi Ayam Goreng Seringgit, Guna Tepung ‘Ini’ Dapat Hasil Rangup!
The post Cara Buat Ayam Berempah Beraroma, Paling Penting Jangan Letak Atas Tisu Selepas Goreng! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan