Resepi Ayam Goreng Pandan, Bila Bakar Wangi Daun Pandan Harum Satu Rumah

Imej
https://ift.tt/KB9E5dv Setiap hari buat ayam goreng sebagai menu harian yang sama, lama-lama jadi bosan juga. Kali ini, anda boleh buat kelainan dengan resepi Ayam Goreng Pandan pula di rumah. Ayam Goreng Pandan ialah hidangan ayam yang diperap dengan pelbagai bahan aromatik dan dibalut dengan daun pandan sebelum digoreng. Ia terkenal dalam masakan Thailand dan turut digemari ramai di Malaysia kerana bau wangi dan rasa yang unik. Resepi Ayam Goreng Pandan oleh Nur Saleza Salleh di Facebook ini bukan saja senang nak buat, tapi aroma pandan yang dibalut sekali itu menjadi kunci kesedapannya. Baca juga: Resepi Ayam Goreng Ketumbar Beraroma, Rangup & Wangi Bukan Main Lagi! RESEPI AYAM GORENG PANDAN Bahan utama: Ayam (dipotong kecil-kecil) Daun pandan secukupnya Bahan perapan (dikisar halus, masukkan air sedikit saja semasa kisar): 1 biji bawang besar 1 inci halia Bawang putih (lebih lagi sedap) 1 inci lengkuas 1 hingga 2 batang serai Cili kering (ikut tahap pedas...

Resipi Kuih Sagu Yang Sedap & Tak Lembik, Sukatan Kecil Untuk 2-3 Orang Makan

https://ift.tt/kOEpUX3

resepi kuih sagu merah

Resepi kuih sagu merah adalah kuih tradisi yang sedap dan tak lapuk dek zaman. Teksturnya yang kenyal ada peminatnya tersendiri.

Kuih tradisional ini juga sering menjadi pilihan untuk hidangan petang atau sebagai pencuci mulut.

Bahan-bahan yang diperlukan juga cukup ringkas, iaitu sagu, sirap, air, gula, kelapa parut dan garam. Mari lihat cara penyediaan lengkap di bawah.

Baca juga: Resipi Onde-Onde Labu Yang Lemak Manis, Cara Mudah Confirm Jadi!

RESEPI KUIH SAGU MERAH

resepi kuih sagu merah

Bahan sagu:

  • 1/2 cawan sagu
  • 1 sudu teh sirap rose
  • Air secukupnya (untuk merendam)
  • 5 sudu gula (atau 2 sudu gula erymaze sebagai pengganti)

Cara-cara buat sagu:

  1. Rendam 1/2 cawan sagu dengan air dan 1 sudu teh sirap rose. Gaul sebati dan biarkan selama 1 jam.
  2. Selepas 1 jam, masukkan 5 sudu gula dan gaul sebati.
  3. Kemudian, alih sagu ke dalam bekas kaca dan ratakan pada keseluruhan bekas.
  4. Kukus sagu selama 30 minit.
  5. Selepas siap kukus, biarkan sejuk di dalam peti ais.
  6. Bila dah sejuk, boleh potong dan gaul dengan kelapa parut.

Bahan kelapa:

Cara buat kelapa parut:

  1. Kukus sekejap kelapa parut.
  2. Kemudian, gaul bersama sedikit garam.

Sumber resipi dan gambar: Hani Che Lin

Baca juga: Resipi Kuih Tepung Bunga Yang Kenyal-Kenyal Manis, Guna 3 Bahan Saja!

The post Resipi Kuih Sagu Yang Sedap & Tak Lembik, Sukatan Kecil Untuk 2-3 Orang Makan appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan