Resepi Ayam Goreng Pandan, Bila Bakar Wangi Daun Pandan Harum Satu Rumah
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Setiap hari buat ayam goreng sebagai menu harian yang sama, lama-lama jadi bosan juga. Kali ini, anda boleh buat kelainan dengan resepi Ayam Goreng Pandan pula di rumah.
Ayam Goreng Pandan ialah hidangan ayam yang diperap dengan pelbagai bahan aromatik dan dibalut dengan daun pandan sebelum digoreng. Ia terkenal dalam masakan Thailand dan turut digemari ramai di Malaysia kerana bau wangi dan rasa yang unik.
Resepi Ayam Goreng Pandan oleh Nur Saleza Salleh di Facebook ini bukan saja senang nak buat, tapi aroma pandan yang dibalut sekali itu menjadi kunci kesedapannya.
Baca juga: Resepi Ayam Goreng Ketumbar Beraroma, Rangup & Wangi Bukan Main Lagi!
RESEPI AYAM GORENG PANDAN
Bahan utama:
- Ayam (dipotong kecil-kecil)
- Daun pandan secukupnya
Bahan perapan (dikisar halus, masukkan air sedikit saja semasa kisar):
- 1 biji bawang besar
- 1 inci halia
- Bawang putih (lebih lagi sedap)
- 1 inci lengkuas
- 1 hingga 2 batang serai
- Cili kering (ikut tahap pedas yang disukai)
- 1 hingga 2 sudu besar sos tiram
- Garam (secukup rasa)
- Gula (secubit atau dua)
- Sedikit serbuk kunyit
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, masukkan semua bahan perapan ke dalam blender. Tambah sedikit air untuk bantu proses kisaran. Kisar sampai betul-betul halus.
2. Kemudian, gaulkan bahan kisar tadi dengan ayam yang sudah dipotong kecil. Pastikan setiap bahagian ayam bersalut rata. Perap dalam sejam, lagi lama lagi sedap jika sempat.
3. Selepas ayam siap diperap, balut satu demi satu menggunakan daun pandan.
4. Akhir sekali, panaskan minyak secukupnya dalam kuali. Goreng ayam berbalut pandan ini sampai masak sempurna iaitu keemasan dan garing di luar, berjus di dalam.
Resepi Ayam Goreng Pandan ini nampak seperti menu mewah, tapi sebenarnya sangat senang nak buat. Selain itu, bahan pun mudah nak cari dan cara masaknya pun tak rumit.
Selamat mencuba!
Sumber: Nur Saleza Salleh
Baca juga: Ayam Goreng Pandan Wangi Semerbak, Sampai Jiran Sebelah Boleh Bau
The post Resepi Ayam Goreng Pandan, Bila Bakar Wangi Daun Pandan Harum Satu Rumah appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan