Resepi Daging Masak Hitam, Gaul Dengan Bawang Goreng Baru Sedap Menyengat!

Imej
https://ift.tt/2p1LYrZ Sebelum menyambut Hari Raya yang bakal tiba, kenalah cuba kemahiran memasak dahulu. Jadi untuk lauk berbuka hari ini, anda boleh masak resepi Daging Hitam yang sedap. Daging Masak Hitam terkenal dengan rasanya yang kaya dan sedikit pedas. Biasanya, ia dimasak menggunakan potongan daging yang empuk dan dimasak perlahan bersama rempah. Jaja Noriza telah kongsikan rahsia dalam resepi Daging Hitam di Facebook yang ternyata mendatangkan hasil sungguh lazat tak terhingga. Jom kita cuba! Baca juga: Air Asam Daging, Lauk Tunggu Gaji Ini Buat Orang Terliur Hirup Kuahnya RESEPI DAGING HITAM Bahan-bahan: 1kg daging (diperap dengan kicap pekat, kicap manis dan sedikit gula) 1kg bawang goreng (lebih sedap bawang digoreng sendiri, guna bawang kecil lebih sedap) 1 senduk cili kisar (jika suka pedas , boleh lebihkan) Kicap pekat Kicap manis Air asam jawa Kicap masin Garam dan gula secukupnya Air Minyak masak (untuk menumis) Cara-cara memasak: 1. Mula-...

Sekolah Tutup Jika IPU Lebih 200 & Langkah Pencegahan Kesan JEREBU Pada Kesihatan!

Sekolah, tadika dan taska akan ditutup sekiranya keadaan jerebu mencapai bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) ‘Sangat Tidak Sihat’ iaitu melebihi 200.

Bacaan IPU 0–50 dianggap baik, 51–100 adalah sederhana, 101–200 adalah tidak sihat, 201-300 adalah sangat tidak sihat dan melebihi 300 adalah berbahaya.

Baca juga: 11 Jenis Doa Ketika Anak Menghadapi PEPERIKSAAN & Amalan Ibu Bapa Boleh Lakukan!

INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU)

Indeks Pencemaran Udara (IPU)

Gambar: Ghazali Kori

Sekolah, tadika, taska ditutup jika IPU 200

Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaafar dalam satu kenyataan berkata sekolah, tadika dan taska dikehendaki sentiasa memantau bacaan IPU.

“Sekiranya trend menunjukkan peningkatan ke arah 200, persiapan perlu dibuat untuk menutup institusi tersebut.

“Aktiviti luar bilik darjah juga mesti dihentikan sekiranya bacaan IPU melepasi 100,” katanya semalam, dipetik dari New Straits Times.

Tambahnya, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat daerah, negeri atau pusat apabila bacaan IPU melebihi 150 untuk tempoh lebih 24 jam.

Pembenihan awan juga akan dijalankan tetapi akan tertakluk kepada kehadiran awan dan cuaca yang sesuai pada bacaan IPU melebihi 150 untuk tempoh lebih daripada 24 jam.

Setakat jam 8 malam semalam, bacaan di sembilan lokasi di negara ini menunjukkan tahap bacaan IPU tidak sihat antara 101 hingga 200.

Paling tertinggi di Nilai, Negeri Sembilan dengan bacaan IPU 160, diikuti Cheras di Kuala Lumpur dengan 159, Seremban di Negeri Sembilan dengan 155, Banting di Selangor dengan 154, Petaling Jaya dan Shah Alam dengan 153, Putrajaya, Kuala Selangor di Selangor dan Port Dickson di Negeri Sembilan dengan 151, dan Johan Setia di Selangor dengan 133.

Ambil langkah pencegahan kurangkan kesan jerebu ke atas kesihatan – KKM

Indeks Pencemaran Udara (IPU)

Gambar: BERNAMA

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihati orang ramai di kawasan yang mencatat bacaan IPU tidak sihat supaya mengambil langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan ke atas kesihatan mereka.

Memetik sumber Berita Harian, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, berkata antara langkah boleh diambil adalah:

  • Mengelak daripada melakukan aktiviti fizikal di luar bangunan
  • Memakai pelitup muka sekiranya terpaksa berada di luar
  • Menutup tingkap bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan
  • Mengelakkan aktiviti yang boleh meningkatkan pencemaran udara di dalam rumah atau bangunan, dengan tidak merokok
  • Menggunakan pendingin hawa dengan memilih operasi (mod) kitaran udara dalaman ketika memandu kenderaan
  • Minum air kosong walaupun tidak terasa dahaga sekurang-kurangnya lapan gelas sehari bagi mengekalkan tahap hidrasi badan

“Aktiviti fizikal akan meningkatkan kadar pernafasan, sekali gus menyebabkan lebih banyak partikulat terampai memasuki saluran pernafasan. Keadaan itu boleh meningkatkan risiko penyakit akibat jerebu,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Lawati laman sesawang rasmi berkaitan kualiti udara

Tambahan pula, orang ramai dinasihatkan supaya peka dengan perubahan tahap kualiti udara di kawasan masing-masing dengan merujuk laman sesawang rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat mengenai langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu, melalui laman sesawang KKM.

Baca juga: Tiap Hari Amalkan Ayat INI Dalam Surah Yasin Untuk Anak Pandai, Petua Bermanfaat!

Sumber: New Straits Times / Berita Harian

FT Image: Ghazali Kori / BERNAMA

The post Sekolah Tutup Jika IPU Lebih 200 & Langkah Pencegahan Kesan JEREBU Pada Kesihatan! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!