Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Ikan Siakap Masak Kesom Ala Thai, Sedap Hirup Kuah Guna RESIPI Ini

https://ift.tt/ZnhyvIm

ikan siakap masak kesom

Idea lauk tengahari ini, jom masak Ikan Siakap Masak Kesom ala Thai ini. Memang mengiurkan dan sedap jika makan bersama dengan nasi panas-panas.

Hidangan ini biasanya dimasak dengan campuran bahan segar seperti daun selasih, daun limau purut, serai, lengkuas, dan cili hijau yang dicampur dengan santan.

Baca juga: Siakap Stim Lemon Macam Kedai Siam, Cara SIMPLE Dengan Rasa Tip Top Punya!

Cara memasak pula melibatkan proses merebus kesom, kemudian masukkan ikan siakap dan masak sehingga empuk dan rempah meresap ke dalam ikan. 

Hidangan ini merupakan antara pilihan popular di kedai tomyam dan sering dihidangkan pada majlis-majlis khas dan makan malam keluarga.

Ikuti resipi mudah dari perkongsian Cik Puan Emilia Nadia ini. 


RESIPI IKAN SIAKAP MASAK KESOM

bahan ikan siakap masak kesom

Bahan-bahan: 

  • 1 ekor ikan siakap
  • 1/2 biji nenas
  • Kangkung
  • 2 batang serai – ketuk
  • 1 biji limau nipis
  • Garam
  • Gula

Bahan kisar:

  • 2 tangkai cili merah
  • 8 tangkai cili padi
  • 1 biji bawang besar – sederhana besar
  • 6 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan
  • 1 inci kunyit hidup

Cara memasak:

1. Masukkan bahan kisar dan air secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.

2. Masukkan nenas dan serai. Masak hingga mendidih seketika, sebelum dimasukkan ikan.

3. Setelah ikan masak, masukkan garam dan gula.

4. Tutup api dan masukkan kangkung kerana mahu kangkung yang masih rangup.

5. Masukkan perahan jus limau. Kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.

Nota: Masakan Thailand, mesti ada masam, manis dan pedas.

ikan siakap masak kesom


Selamat mencuba resipi Siakap Masak Kesom ala Thai ini.

Baca juga: Cara Buat Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai, Sedap Macam Restoran Thai T20

The post Ikan Siakap Masak Kesom Ala Thai, Sedap Hirup Kuah Guna RESIPI Ini appeared first on MyResipi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!