https://ift.tt/CvKU8hr Mood hari ini nak masak makanan Western pula untuk keluarga, tapi tiada idea pula. Oleh itu, kami cadangkan anda cuba resepi Macaroni Cheese yang mudah dan sedap ini. Macaroni Cheese atau lebih dikenali sebagai mac and cheese adalah sejenis hidangan pasta popular di negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat, Kanada dan UK (United Kingdom). Orang Malaysia juga sukakan makanan Western seperti resepi Macaroni Cheese yang dikongsikan oleh Noratiqah Nordin di Facebook ini. Jom kita cuba! Baca juga: Roti Garlic Dan Sup Cendawan Paling Ringkas, Sesuai Untuk Sarapan RESEPI MACARONI CHEESE Bahan-bahan: 3 cawan macaroni Air secukupnya (untuk rebus macaroni) Sedikit minyak (untuk rebus macaroni) 3 keping cheese slice 1 cawan cheese powder 1 sudu parsley 3 cawan susu segar 1 sudu basil 1 sudu oregano Cara-cara memasak: 1. Mula-mula, rebus macaroni dengan air dan minyak sampai kembang dan ketepikan terlebih dahulu. 2. Kemudian, masukkan susu sega...
Resipi Sambal Tempe Goreng Dengan Kangkung, Bila Makan Tak Ingat Dunia!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
https://ift.tt/hXUS2r5
Resipi tempe goreng sambal dengan kangkung ini memang jarang dibuat orang. Pasti ramai yang pertama kali melihat menu ini kan?
Jika anda ingin kelainan, cubalah hidangan ini di rumah. Katanya, ia mampu membuatkan anda makan tak ingat dunia!
Tak perlu lauk lain, ada satu lauk ini pun dah cukup menyelerakan untuk dimakan dengan nasi panas. Memang kena cuba!
Baca juga: Cara Goreng Tempe Yang Unik & Sedap, Pasti Anda Tak Pernah Cuba!
RESEPI TEMPE GORENG SAMBAL DENGAN KANGKUNG
Bahan-bahan:
- 3 keping tempe (potong petak dan goreng seperti biasa)
- 3 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 6 batang cili merah besar
- Cili padi (ikut tahap kepedasan)
- Seinci belacan
- Garam dan gula secukup rasa
- Kangkung (lebihkan jika suka)
Cara-cara:
- Goreng tempe tanpa letak kunyit dan garam. Pastikan tempe digoreng hingga garing dan rangup.
- Sementara itu, kisar kasar bahan-bahan seperti bawang besar, bawang putih, cili merah, cili padi dan sedikit belacan. Tak perlu kisar terlalu halus, cukup sekadar kasar.
- Ambil tempe yang telah digoreng dan masukkan bahan kisar tadi. Lenyekkan tempe dengan bahan kisar secara lembut, jangan terlalu hancur, cukup tekan-tekan manja.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata dan pastikan rasa sambalnya cukup seimbang.
- Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan campuran tempe dan sambal. Goreng lagi sehingga tempe semakin garing.
- Apabila tempe sudah garing, masukkan kangkung yang telah dipotong. Goreng bersama tempe dan sambal sehingga kangkung layu dan matang.
- Hidangan sambal tempe goreng dengan kangkung sudah siap. Nikmati hidangan yang mudah, sedap dan penuh rasa!
Video penuh:
Sumber: Plums Humble Kitcken
Baca juga: Resipi Sambal Tempe Ikan Bilis & Kacang, Ratah Pun Sedap Sampai Tak Sedar Habis 1 Bekas
The post Resipi Sambal Tempe Goreng Dengan Kangkung, Bila Makan Tak Ingat Dunia! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
UNTUK TEMPAHAN
Catatan popular daripada blog ini
Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg
KEJAYAAN menewaskan seekor ikan layaran seberat 30 kilogram (kg) di tuas berhampiran Pulau Payar, Kedah menyemarakkan lagi semangat pemancing laut dalam, Shuib Omar untuk meneruskan hobinya itu. Shuib atau lebih dikenali sebagai Pak Su dalam kalangan rakannya berkata, dia gemar memancing sejak kecil lagi dengan menangkap ikan di tali air dan sawah menggunakan buluh sebagai joran. Ujar lelaki berasal dari Kubang Rotan, Alor Setar, Kedah itu, dia mula beralih kepada aktiviti memancing di laut dalam pada tahun 2012. “Hampir setiap bulan, saya turun ke laut bersama saudara dan rakan-rakan. Biasanya, kami berhimpun di Jeti Kubang Rotan pada pukul 7 pagi sebelum menuju ke beberapa tuas yang menjadi lubuk ikan. “Antara tuas sasaran kami ialah Pulau Payar dan unjam Langkawi kerana di situ menjanjikan hasil tangkapan yang menarik. Pengalaman bermain dan menewaskan ikan di perairan itu cukup mengujakan,” ujar bapa kepada lima anak itu. Menurut Pak Su, dia gemar menggunakan teknik memancing...
Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!
https://ift.tt/X1giMwT Cara buat popia big mac ini menjadi tular di media sosial dan ramai peniaga turut mengambil peluang untuk menjualnya. Walau bagaimanapun, sesetengah peniaga terpaksa menjualnya pada harga yang agak tinggi disebabkan kos bahan yang mahal. Sekiranya anda sedang mencari resipi penuh untuk membuat popia Big Mac dan ingin mencubanya sendiri di rumah, jom lihat resipi lengkap di bawah. Baca juga: Resipi Popia Sira Sambal Rangup, Kena Letak 1 Bahan Ini Agar Salutan Cantik Berkilat! CARA BUAT POPIA BIG MAC Bahan-bahan popia big mac: Bawang merah Bawang putih Daging kisar Garam Lada hitam Cara-cara penyediaan popia big mac: Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Setelah itu, masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris halus. Tumis bawang ini dengan api sederhana sehingga ia naik bau harum. Setelah bawang sudah naik bau, masukkan daging kisar ke dalam kuali. Tambahkan garam dan lada hitam secukupnya untuk memberi rasa pada dagin...
Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!
https://ift.tt/VbrlpuW Jika anda merupakan salah seorang peminat masakan Arab, wajib cuba resepi Nasi Arab simple ini. Walaupun mudah dan ringkas, namun hasilnya cukup beraroma dan sedap. Nasi Arab ialah hidangan popular dari rantau Timur Tengah, khususnya di Semenanjung Arab. Oleh kerana begitu sedap, ramai peniaga yang menjualnya di bazar Ramadan. Dila Noordin telah kongsikan resepi Nasi Arab simple di Facebook yang dimasak dengan menggunakan bahan ringkas dan mudah didapati. Jom kita cuba! Baca juga: Cara Buat Nasi Beriani Simple Di Rumah, Ada Ayam Goreng Mamak Lagi Terangkat RESEPI NASI ARAB SIMPLE Bahan-bahan rebus ayam: ½ ekor ayam (dipotong dua) 1 kiub ayam 1 biji tomato (dibelah empat) ½ sudu jintan manis 1 biji cili hijau (dibelah empat) 1 batang kulit kayu manis ½ sudu biji ketumbar ½ sudu lada hitam Bahan-bahan tumis nasi: 2½ pot beras basmathi yang telah direndam lebih kurang dalam 30 minit ½ sudu biji ketumbar ½ sudu jintan manis Minyak sapi ata...
Ulasan
Catat Ulasan