Kuih Talam Gula Merah Versi Mini Cukup Lemak Manis, Sekali Kukus Dapat 50 Biji!

Imej
https://ift.tt/1sjtp6W Kuih Talam Gula Merah merupakan antara kuih klasik yang sangat nostalgia. Jika teringin makan, anda boleh cuba buat di rumah dengan resipi lengkap langkah demi langkah ini. Kuih ini mempunyai dua lapisan iaitu bahagian bawahnya yang manis dan beraroma gula merah, manakala bahagian atasnya lemak masin daripada santan pekat. Roshima Ibrahim Shima telah kongsikan resipi kuih Talam Gula Merah di Facebook yang bukan saja sedap, malah boleh dapat sampai 50 biji dengan acuan lompang. Jom kita cuba! Baca juga: Tepung Talam Pandan Paling Lembut, Nak Permukaan Licin Kena Tapis Bahan ‘Ini’ RESIPI KUIH TALAM GULA MERAH Bahan A (bahagian bawah): 2 cawan air gula (hasil dari campuran 1 cawan gula merah dan 1 cawan gula pasir, dimasak bersama 2 cawan air, kemudian tapis) 3 cawan tepung gandum 4 cawan santan cair (daripada 1 ½ biji kelapa ) Bahan B (bahagian atas): 4 cawan santan pekat (daripada 1 ½ biji kelapa) 1 cawan tepung beras 3 sudu makan tepung jagung...

Resipi Sate Ayam Mudah, Guna ‘Teknik’ Ini Supaya Jadi Juicy & Tak Hangit

https://ift.tt/IGkBoL0

sate ayam

Resipi sate ayam juicy ini mudah untuk disediakan dan pasti menyelerakan. Rahsia utama untuk sate yang sedap adalah perapan yang lama dan penggunaan rempah yang betul.

Semasa membakar, pastikan untuk menggunakan minyak perapan supaya sate ayam tetap lembap dan tidak kering. Teknik ini membantu sate menjadi lebih juicy dan sedap. Dengan langkah-langkah yang mudah, anda boleh menikmati sate ayam yang enak, lembut dan penuh rasa.

Baca juga: Sate Ikan Homemade Dengan Sos Manis, Beli Luar Pun Tak Boleh Lawan!

RESEPI SATE AYAM YANG JUICY

sate ayam

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (ambil isi, rangka boleh digunakan untuk gulai. Jika malas, boleh beli dada
  • ayam sahaja).
  • 1 sudu besar ketumbar (sangai)
  • 2 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih (sangai)
  • 1 inci halia (hiris)
  • 1 inci kunyit (hiris)
  • 3 biji bawang Holland
  • 1 labu bawang putih
  • 6 batang serai (ketuk)
  • 5 keping nisse atau gula kabung, masak dengan segelas air
  • 3 sudu besar air asam jawa (yang sudah diperah, tanpa biji atau boleh beli yang siap)
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Lidi sate untuk mencucuk

Cara penyediaan:

  1. Potong isi ayam berbentuk kiub. Kemudian basuh dan toskan airnya sehingga kering.
  2. Sementara itu, sangai ketumbar, jintan manis dan jintan putih, kemudian blend bahan-bahan tersebut bersama halia, kunyit, bawang Holland, bawang putih dan serai.
  3. Satukan isi ayam dengan bahan yang telah diblend dalam bekas besar.
  4. Tambahkan gula, garam, air asam jawa dan bahan lain. Gaul rata supaya tekstur daging atau ayam menjadi lembut dan mesra dengan rempah.
  5. Perap semalaman atau sekurang-kurangnya 3 jam sebelum dicucuk dan dibakar.

RESEPI KUAH SATE

Bahan-bahan:

  • 1/2 kilo kacang tanah (goreng dan blend kering. Jika malas, boleh tumbuk, tetapi lebih mudah jika diblend)
  • 2 biji santan kelapa (gunakan santan yang pekat untuk rasa lemak)
  • Bawang Holland
  • Cili kering
  • Lengkuas
  • Jintan manis dan jintan putih (blend halus)
  • Serai (diketuk)
  • Air asam jawa
  • 6 keping nisse (atau gula kabung)
  • Gula biasa dan garam secukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Tumis semua bahan yang telah diblend tadi bersama serai hingga garing dan pecah minyak.
  2. Masukkan santan cair dan kacang tanah, biarkan mendidih sekejap.
  3. Kemudian, masukkan santan pekat, gula, garam dan air asam jawa.
  4. Seimbangkan rasa masam, manis dan pedasnya mengikut citarasa anda.

Tips:

  • Jika ingin satey nampak lebih kuning, tambah sedikit serbuk kunyit. Jumlah kunyit bergantung kepada keinginan warna kuning yang diinginkan.
  • Jangan buang air lebihan perapan ayam. Ambil dan campurkan dengan segelas minyak untuk digunakan semasa membakar nanti.
  • Ketuk 2 batang serai dan ikat. Kemudian, celupkan serai tersebut dalam minyak perapan sebelum digunakan untuk membakar satey.
  • Ini adalah salah satu rahsia supaya satey lebih juicy dan tidak hangus.
  • Pastikan untuk rajin membalikkan satey semasa membakar supaya ia masak dengan sekata dan tidak menjadi hitam atau hodoh.

Sumber: Kiran Kiran

Baca juga: Cara Buat Sate Ayam & Daging Guna Air Fryer, Ada Rahsia Hasil Berkilat!

The post Resipi Sate Ayam Mudah, Guna ‘Teknik’ Ini Supaya Jadi Juicy & Tak Hangit appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan