Cara Buat Kerepek Kentang Sira Homemade, Rangup & Pedas Bikin Ketagih!

Imej
https://ift.tt/FQbHnoX Kerepek kentang pedas , juga dikenali sebagai sira kentang pedas atau sambal kering kentang, memang cukup menggoda selera. Sekali rasa, silap-silap satu bekas habis sorang makan. Kalau ada stok kentang lebih di rumah, inilah masa yang sesuai untuk cuba buat sendiri. Bukan saja mudah, malah anda boleh sesuaikan tahap kepedasan sambal ikut cita rasa sendiri. Baca juga: Resipi Kulit Ayam Goreng, Rangup Macam Makan Kerepek! RESEPI KEREPEK KENTANG PEDAS Bahan-bahan: 3 kentang russet (hiris nipis & goreng) 1 pek sambal tumis segera 3 ulas bawang putih (dikisar) 1 bawang besar (dikisar) 1 sudu besar sos tiram Gula secukup rasa Serbuk perasa Minyak (menumis) Cara-cara penyediaan: Kupas dan hiris kentang nipis. Panaskan minyak dan goreng hingga rangup. Toskan minyak dan ketepikan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih kisar hingga naik bau. Tambah sambal tumis segera dan kacau rata. Masak sehingga sambal pecah min...

Resipi Sambal Gesek Goreng Garing, Makan Dengan Nasi Putih Sangat Membuka Selera!

https://ift.tt/GxBsfOU

sambal gesek ikan bilis

Sambal gesek ikan bilis adalah salah satu sajian sampingan yang pasti membuka selera. Cara penyediaannya juga sangat mudah dan tidak memerlukan masa yang lama.

Nak cuba? Resipi perkongsian daripada Puan Nooris Haris ini antara yang paling sedap. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan dan cara penyediaannya di bawah!

Baca juga: Resipi Sambal Ayam Penyet Serba Guna, Makan Dengan Lauk Apa Pun Sedap!

RESEPI SAMBAL GESEK IKAN BILIS GORENG GARING

sambal gesek ikan bilis

Bahan kisar:

  • Ikan bilis 100 gram
  • Cili padi merah 8 batang
  • Cili padi hijau 15 batang
  • Bawang putih 5 ulas

Kisar kasar tanpa air (jika mahu lebih umph, boleh tumbuk)

Bahan-bahan lain:

Cara penyediaan:

  1. Mula-mula, basuh ikan bilis dan toskan. Kemudian, cuci cili padi merah dan hijau. Keringkan. Kupas bawang putih. Kisar kasar keempat bahan ini menggunakan pengisar tanpa menambah air supaya sambal nanti lebih pekat dan beraroma.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar bersama asam keping selama 20 minit.
  3. Perasakan sambal dengan garam, gula dan sedikit serbuk perasa (jika suka) mengikut cita rasa. Sesuaikan jumlah garam dan gula mengikut kemanisan yang diinginkan.
  4. Hidangkan bersama nasi putih, kicap dan telur dadar. Dijamin selera bertambah!

Kredit resipi dan gambar: CC NoorisHaris

Baca juga: Resipi Sambal Belacan ‘Power’, Gerenti Sedap Sampai Nak Cicah Hari-Hari!

The post Resipi Sambal Gesek Goreng Garing, Makan Dengan Nasi Putih Sangat Membuka Selera! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!