Cara Buat Kek Batik Klasik, Resipi Tanpa Telur & Tepung Tapi Lembut Bila Digigit

Imej
https://ift.tt/3PTSMvl Kalau anda tengah mencari resepi kek batik sedap yang mudah dan confirm menjadi, wajib cuba resipi di bawah ini. Menariknya, resipi ini tidak menggunakan telur dan tepung langsung! Teksturnya lembut, tidak melekit dan rasa coklatnya memang padu. Kek batik memang antara pencuci mulut klasik kegemaran ramai. Bahan-bahannya pun senang, tetapi hasilnya tetap memuaskan hati. Sesuai sangat untuk minum petang, jamuan atau sebagai pencuci mulut selepas makan. Baca juga: Resipi Kek Kukus Guna 3 Bahan, Hasilnya Memang Lembut & Gebu! RESEPI KEK BATIK SEDAP DAN LEMBUT Bahan-bahan: 1 ketul mentega 1 cawan coklat coins 1/2 tin susu pekat manis 1/2 cawan serbuk koko 1 kotak kecil whipping cream 400g biskut Merry Cara membuat: Masukkan semua bahan ke dalam kuali, kecuali biskut Merry. Pasang api dan kacau perlahan-lahan sehingga semua bahan menjadi pekat dan berkilat. Kemudian, masukkan biskut Merry yang telah dipatah-patahkan kasar dan gaul rata. Bila ad...

Lelaki Kongsi Resipi Ayam Goreng Berhantu Cara ‘Emak’, Gerenti Berebut Makan!

https://ift.tt/oKCXZhj

ayam goreng berhantu

Kalau dah bosan makan lauk raya, jom kita masak ayam goreng berhantu ini pula. Tak kira usia, menu ini pasti digemari ramai.

Resipi ini merupakan hasil perkongsian oleh seorang pengguna laman sosial Facebook bernama Khairul Hakimin Muhammad.

Menurutnya, resipi ayam goreng ini merupakan cara ibunya sejak dulu untuk dihidangkan kepada anak-anaknya yang seramai tujuh orang.

Setiap kali ibu masak, memang berebut makan. Sekejap saja dah habis licin satu pinggan. Memang sangat sedap!

Baca juga: Resipi Ayam Masak Bali, Nak Lagi Mantap Kena Lebihkan ‘2 Bahan Ini’

RESEPI AYAM GORENG BERHANTU

ayam goreng berhantu

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (potong kecil)
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Beberapa tangkai daun kari
  • Beberapa ulas bawang merah India

Cara memasak:

  1. Potong kecil ayam mengikut saiz yang disukai. Basuh ayam yang telah dipotong hingga bersih.
  2. Tabur semua serbuk cili, serbuk kunyit dan garam ke atas ayam. Kemudian gaul sampai rata.
  3. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali.
  4. Apabila minyak sudah panas, masukkan daun kari dan bawang merah ke dalam minyak
  5. Setelah itu, masukkan ayam dan goreng sehingga masak dan garing.
  6. Apabila ayam sudah masak dan garing, angkat dari minyak dan sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Khairul Hakimin Muhammad

Baca juga: Resepi Ayam Masak Kicap Kenduri Semudah ABC, Terus Tak Pandang Lauk Lain!

The post Lelaki Kongsi Resipi Ayam Goreng Berhantu Cara ‘Emak’, Gerenti Berebut Makan! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!