Kuih Talam Gula Merah Versi Mini Cukup Lemak Manis, Sekali Kukus Dapat 50 Biji!

Imej
https://ift.tt/1sjtp6W Kuih Talam Gula Merah merupakan antara kuih klasik yang sangat nostalgia. Jika teringin makan, anda boleh cuba buat di rumah dengan resipi lengkap langkah demi langkah ini. Kuih ini mempunyai dua lapisan iaitu bahagian bawahnya yang manis dan beraroma gula merah, manakala bahagian atasnya lemak masin daripada santan pekat. Roshima Ibrahim Shima telah kongsikan resipi kuih Talam Gula Merah di Facebook yang bukan saja sedap, malah boleh dapat sampai 50 biji dengan acuan lompang. Jom kita cuba! Baca juga: Tepung Talam Pandan Paling Lembut, Nak Permukaan Licin Kena Tapis Bahan ‘Ini’ RESIPI KUIH TALAM GULA MERAH Bahan A (bahagian bawah): 2 cawan air gula (hasil dari campuran 1 cawan gula merah dan 1 cawan gula pasir, dimasak bersama 2 cawan air, kemudian tapis) 3 cawan tepung gandum 4 cawan santan cair (daripada 1 ½ biji kelapa ) Bahan B (bahagian atas): 4 cawan santan pekat (daripada 1 ½ biji kelapa) 1 cawan tepung beras 3 sudu makan tepung jagung...

Cara Buat Kuah Kacang Paling Simple! Tanpa Santan, Serai & Bahan Rumit Lain

https://ift.tt/0ISpZrz

kuah kacang

Resipi kuah kacang ini bukan setakat sesuai untuk musim perayaan, ia juga sedap dijadikan hidangan harian. Pagi-pagi boleh makan dengan nasi impit, malam pula cicah dengan sate. Memang padu!

Buat ibu-ibu yang sibuk, resipi mudah dan sedap macam ini memang jadi pilihan. Jadi, jika ada yang ingin mencuba, boleh lihat resipi penuh perkongsian oleh Nor Salina Aziz di bawah.

Baca juga: Resipi Sate Ayam Mudah, Guna ‘Teknik’ Ini Supaya Jadi Juicy & Tak Hangit

CARA BUAT KUAH KACANG PALING MUDAH

kuah kacang

Bahan-bahan:

  • Kacang tanah 1.5 kg
  • Sangai tanpa minyak sampai garing dan rangup (kisar kering)
  • Udang kering 200g (kisar kering)
  • Cili kering (kuantiti ikut tahap kepedasan yang diinginkan, rebus dan kisar bersama sedikit minyak)
  • Tambah sebiji bawang merah
  • 8 ulas bawang putih masa kisar
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Air asam jawa secukupnya
  • Air biasa (agak-agak ikut kepekatan yang nak)

Cara-cara:

  1. Tumis cili kisar hingga pecah minyak
  2. Masukkan gula dan garam secukup rasa
  3. Masukkan udang kering, kacang yang dah dikisar, dan air
  4. Masukkan air asam jawa
  5. Masak hingga kuah pekat dan minyak timbul di permukaan

Tips akhir: Sebelum tutup api, rasa dulu kuah. Kalau ada yang kurang, ubai suai ikut selera sendiri.

Sumber: Nor Salina Aziz

Baca juga: Jom Buat Nasi Impit Cara Orang Lama, Kena Tekan Nasi Lembik Panas-Panas!

The post Cara Buat Kuah Kacang Paling Simple! Tanpa Santan, Serai & Bahan Rumit Lain appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan