Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Gelombang Covid-19 Kesembilan Bakal Landa Jepun

Gelombang Covid-19 Kesembilan Bakal Landa Jepun

Jepun mungkin memasuki gelombang kesembilan jangkitan Covid-19 dan penting untuk melindungi rakyat terutamanya warga emas, kata pakar, lapor Kyodo News.

“Seiring dengan peningkatan interaksi antara individu, (kenaikan jangkitan) seperti yang dijangka,” kata Shigeru Omi kepada wartawan selepas bertemu dengan Perdana Menteri Fumio Kishida.

Pertemuan itu, antara lain bertujuan untuk membincangkan peningkatan jangkitan selepas kerajaan melonggarkan langkah pencegahan.

Beliau menekankan bahawa individu yang berisiko tinggi harus divaksinasi dengan vaksin Covid-19.

“Saya tidak pasti sama ada bilangan orang yang dijangkiti akan melebihi gelombang kelapan, tetapi kita perlu memberi tumpuan kepada mengurangkan bilangan kematian dan memastikan kesinambungan aktiviti sosial,” katanya.

Dalam gelombang kelapan, antara penghujung November dan penghujung Januari, negara itu mencatatkan jangkitan harian lebih daripada 246,000 kes.

Menurut data terkini yang dikeluarkan pada Jumaat, purata pesakit dalam seminggu hingga 18 Jun ialah 5.60 meningkat daripada 5.11, minggu sebelumnya.

Purata kes di wilayah Okinawa sangat tinggi iaitu 28.74 di setiap kemudahan, yang menurut Omi ini disebabkan sistem penjagaan perubatan kurang mantap dan kadar vaksinasi yang rendah berbanding wilayah lain.-hmetro

The post Gelombang Covid-19 Kesembilan Bakal Landa Jepun appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!