Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Jeragat Muka Boleh Pudar Bila ‘Tonyoh’ Muka Dengan 2 Bahan Dapur Ini, Paling Senang!

Bila bercakap tentang jeragat muka, pastinya ramai dalam kalangan wanita yang tidak mahu kulit wajahnya dipenuhi dengan bintik hitam ini. Tak cantik dan ‘flawless’ wajah jadinya! Punca kepada masalah jeragat ini adalah kerana tidak memakai krim pelindung UV atau ‘sunblock’ dan juga faktor umur yang telah memasuki 30-an.

Namun, bukan dengan hanya memakai produk penjagaan kulit dan rawatan muka sahaja yang boleh menghilangkan jeragat muka ini. Menurut Dr. Rizal Abu Bakar, ada dua bahan semula jadi di dapur yang boleh juga menghilangkan jeragat dengan mudah.

Baca juga: 5 Kelebihan Wanita Mempunyai Punggung Besar & Lebar, Tak Sangka Lebih Menarik!

DUA BAHAN SEMULA JADI INI BOLEH HILANGKAN JERAGAT MUKA

jeragat muka

Kalau dekat kulit muka ada jeragat. Ada bintik hitam. Ada petua mudah untuk kurangkannya. Dua cara ini saya selalu guna, mudah pun mudah.

1.Buah Limau Kasturi

-Potong limau kepada dua
-Perah dan guna kapas untuk sapu pada bahagian yang ada bintik hitam
-Buat selama 10 ke 15 minit. Kesabaran itu perlu.

Yang ni boleh amal setiap hari kerana kandungan citric acid dalam limau kasturi ni bagus untuk buang sel kulit mati pada kulit muka. Barulah kulit lebih cerah.

2.Ubi Kentang

Siapa sangka kentang ni elok untuk kurangkan dark spots. Caranya macam ni:

– Guna 1-2 biji kentang. Blend
– Perah ekstrak jus
– Campur dengan madu dan jus perahan limau kasturi atau lemon.
– Sapu pada kulit selama 20 minit.
– Kalau nak guna sekali dengan serat pun boleh. Yang ni buat sekali seminggu.

Kentang ni elok untuk kulit kerang dan menggelupas. Redakan radang penyebab jerawat. Bekalkan kelembapan pada kulit. Paling penting tak hakis kulit muka. Kulit pun lebih cerah dan glowing.

jeragat muka

*Bolehlah cuba!

Baca juga: Cerahkan Ketiak Hitam Dengan Segera Guna 5 Bahan Dapur Ini, Gosok Gosok Dah Putih!

Sumber: Dr. Rizal Abu Bakar

The post Jeragat Muka Boleh Pudar Bila ‘Tonyoh’ Muka Dengan 2 Bahan Dapur Ini, Paling Senang! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!