Cara Masak Mee Bandung Simple Berkuah Pekat, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’

Imej
https://ift.tt/46lLDaW Musim hujan pada waktu petang membuatkan ramai teringin berbuka puasa dengan hidangan berkuah yang hangat. Oleh itu, anda boleh cuba cara masak Mee Bandung yang simple ini. Mee Bandung adalah hidangan mee paling popular di Malaysia yang berasal dari Johor. Gandingan mee kuning bersama telur dan kuah pekat mampu membuat selera terangkat. Cara masak Mee Bandung ini dikongsikan oleh Halimatussaadiah Sidek di Facebook bersama rahsia kuah yang pekat dan sedap dihirup. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi! CARA MASAK MEE BANDUNG Bahan kisar: 2 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 10 tangkai lada kering (kurangkan jika tak nak pedas) 2 paket udang kering Bahan-bahan lain: ½kg mee kuning Segenggam kacang tanah (goreng dan tumbuk) 2 sudu tepung gandum (bancuh dengan air biar cair) Gula Garam Ajinomoto Daging Sotong Udang (ikut suka) Sawi Lobak merah Tauhu Daun sup Bawang g...

5 Jenis Pokok Herba Ini Boleh Hidup Subur Jika Tanam Dalam Bekas Air Je, Senang!

Buat anda yang suka bercucuk tanam dan menghiasi laman rumah dengan pelbagai jenis pokok, pasti tidak ketinggalan untuk menyemai tanaman herba juga. Namun, tidak semestinya tanaman herba ini perlu dilakukan menggunakan tanah sahaja kerana ada lima jenis pokok herba yang boleh hidup subur jika ditanam dalam bekas berisi hanya air!

Mudah bukan? Lebih memuaskan hati lagi, pokok-pokok herba yang disenaraikan ini juga akan hidup subur dan anda pun mudah nak petik untuk digunakan dalam masakan kerana boleh diletakkan dalam bekas kecil dalam rumah.

Baca juga: Tips Untuk Pokok Daun Kari Tumbuh Merimbun Guna Beras, Daun Pun Hijau Gemuk-Gemuk!

5 JENIS TANAMAN HERBA YANG BOLEH HIDUP SUBUR DALAM BEKAS AIR

tanaman herba

1.Oregano

Oregano adalah herba boleh tumbuh dengan mudah di dalam air. Ambil keratan beberapa batang oregano dan rendamkannya dalam segelas air, pastikan daunnya tidak menyentuh air. Jika anda tinggal di tempat yang beriklim sejuk, letakkan di bawah cahaya matahari penuh.

2.Pokok daun pudina

Anda boleh menanam herba ini di rumah dengan hanya merendamnya dalam air 4 hingga 6 tangkai pokok pudina yang sihat. Keratan hendaklah sekitar 4 hingga 5 inci panjang. Letakkan bekas air di tempat yang mempunyai cahaya matahari yang mencukupi.

3.Pokok saderi

Apa yang perlu anda lakukan ialah meletakkan pangkal pokok saderi di dalam balang air dan dalam masa seminggu hingga 10 hari anda akan mula melihat pucuk saderi mula tumbuh dari pangkalnya. Letakkan balang di bawah cahaya matahari sederhana.

4.Rosemary/Basil

Ambil keratan batang dari pokok rosemary. Keratan hendaklah sekurang-kurangnya 6 hingga 8 inci panjang. Kemudian, isi balang dengan air dan rendam hujung batang ke dalam air (biarkan sekurang-kurangnya ¼ batang terendam air), pastikan tiada daun yang menyentuh air. Simpan bekas di kawasan tingkap anda di mana mendapat cahaya matahari separa.

5.Daun bawang, daun sup, kucai

Potong bahagian hijau daun, biarkan bawang kecil di belakang. Kemudian tenggelamkan ketulan bawang di dalam air dan letakkan balang di bawah cahaya matahari langsung dan tidak lama lagi daun bawang anda akan mula tumbuh semula.

tanaman herba

*Senang nak guna untuk masak!

Baca juga: DIY Lampu Pelita Guna Minyak Masak, Tak Sangka Sampai Subuh Pun Menyala Lagi!

Sumber: TheLittleShine

The post 5 Jenis Pokok Herba Ini Boleh Hidup Subur Jika Tanam Dalam Bekas Air Je, Senang! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!