Cara Masak Mee Bandung Simple Berkuah Pekat, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’

Imej
https://ift.tt/46lLDaW Musim hujan pada waktu petang membuatkan ramai teringin berbuka puasa dengan hidangan berkuah yang hangat. Oleh itu, anda boleh cuba cara masak Mee Bandung yang simple ini. Mee Bandung adalah hidangan mee paling popular di Malaysia yang berasal dari Johor. Gandingan mee kuning bersama telur dan kuah pekat mampu membuat selera terangkat. Cara masak Mee Bandung ini dikongsikan oleh Halimatussaadiah Sidek di Facebook bersama rahsia kuah yang pekat dan sedap dihirup. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi! CARA MASAK MEE BANDUNG Bahan kisar: 2 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 10 tangkai lada kering (kurangkan jika tak nak pedas) 2 paket udang kering Bahan-bahan lain: ½kg mee kuning Segenggam kacang tanah (goreng dan tumbuk) 2 sudu tepung gandum (bancuh dengan air biar cair) Gula Garam Ajinomoto Daging Sotong Udang (ikut suka) Sawi Lobak merah Tauhu Daun sup Bawang g...

Warga Emas Maut Jatuh Laut

Warga Emas Maut Jatuh Laut

Seorang lelaki warga emas ditemukan lemas selepas terjatuh di kawasan Jeti Ujong Pasir yang terletak di belakang Surau Nurul Islam, di sini, malam tadi.

Mangsa Lee Kam Wah, 79, berjaya diselamatkan oleh orang awam namun didapati tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 7.30 malam.

Katanya, siasatan awal polis mendapati saksi melihat mangsa berjalan menghala ke jeti di kawasan berkenaan dan terjatuh ke laut di tepi jeti ketika berjalan.

“Beberapa orang awam yang berada di atas bot ketika kejadian kemudian bertindak menaiki perahu dan menyelamatkan mangsa.

“Namun mangsa didapati tidak sedarkan diri lama selepas dibawa naik ke atas jeti. Pihak Ambulans dari Hospital Labuan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan kematian mangsa,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mohd Hamizi berkata, bedah siasatan telah dijalankan hari ini dan punca kematian disebabkan lemas.

Baca: Lelaki Ditahan Kerana Curi Buah Kelapa Sawit

Sementara itu, dalam kes berasingan, beliau berkata, seorang lelaki ditemui meninggal dunia dalam keadaan tergantung di bahagian belakang pintu bilik rumahnya di Kampung Sungai Lada, di sini, kelmarin.

Katanya, mangsa berusia 47 tahun bekerja sebagai nelayan ditemui dalam keadaan lengkap berpakai.

“Kejadian disedari oleh isterinya apabila hendak masuk ke dalam bilik tidur. Punca kejadian tidak dapat dipastikan.

“Sebelum kejadian lelaki terbabit hanya meminta semua ahli keluarganya iaitu isteri dan lima anaknya keluar daripada rumah namun mereka enggan keluar,” katanya.

Katanya lagi, bedah siasat telah dilakukan semalam dan punca kematian akibat gantung diri.

“Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR),” katanya. – Info X

The post Warga Emas Maut Jatuh Laut appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!