Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Kalau Nak Dapat Badan Idaman, Kena Tahu 9 Tips Diet Rendah Karbo Ini

Diet rendah karbohidrat adalah mengehadkan bilangan karbohidrat yang dimakan oleh seseorang. Pengambilan karbo biasanya digantikan dengan protein, lemak sihat dan sayur-sayuran.

Ramai beranggapan bahawa diet ini mencabar terutamanya ketika permulaan. Sebenarnya mudah sahaja kalau anda ikuti tips diet rendah karbo yang dikongsikan oleh penulis. Pasti berat badan turun!

Baca juga: Bukan Setakat Sedap & Manis, Buah Mata Kucing Rupanya Banyak Khasiat Untuk Tubuh Badan

TIPS DIET RENDAH KARBO MUDAH JE KALAU ANDA TAHU TEKNIKNYA

 TIPS DIET RENDAH KARBO

1. MAKANAN RENDAH KARBOHIDRAT

Amalkan makanan rendah karbohidrat seperti:

  • Daging tanpa lemak
  • Dada ayam
  • Ikan
  • Telur
  • Sayuran hijau berdaun
  • Brokoli
  • Kacang
  • Minyak kelapa
  • Minyak zaitun
  • Epal
  • Beri
  • Yogurt

2.KIRA SAIZ HIDANGAN MAKANAN

Kebanyakan diet rendah karbohidrat hanya membenarkan 20 hingga 50 gram karbohidrat setiap hari. Oleh itu, anda perlu mengira pengambilan karbohidrat setiap hari bagi setiap hidangan.

Makanan yang disenaraikan di bawah semuanya mengandungi kira-kira 15g karbohidrat:

  • 1 biji epal atau oren bersaiz bola tenis
  • 1 cawan buah beri
  • 1 cawan kiub tembikai
  • ½ pisang sederhana
  • 2 sudu besar kismis
  • 8 auns susu
  • 6 auns yogurt biasa
  • ½ cawan jagung
  • ½ cawan kacang
  • ½ cawan kacang
  • 1 kentang bakar kecil
  • 1 keping roti
  • 1/3 cawan nasi masak

3. RANCANG PELAN PEMAKANAN

Rancang pelan pemakanan boleh membantu anda berdisplin untuk mengamalkan diet karbohidrat. Ketahui apa yang perlu dimakan untuk tengah hari dan malam boleh membuatkan seseorang daripada membuat pilihan makanan yang tidak sihat, seperti berhenti di restoran makanan segera.

4. PENYEDIAAN MAKANAN LEBIH AWAL

Penyediaan makanan lebih awal boleh membantu seseorang:

  • Elak makanan yang tidak sihat
  • Menjimatkan masa
  • Jimat wang

Antara makanan rendah karbohidrat yang popular sering disediakan awal adalah:

  • Muffin telur
  • Greek yogurt
  • Pancake
  • Sayur dan protein tanpa nasi

TIPS DIET RENDAH KARBO

5. BAWA SNEK BERSESUAIAN

Antaranya adalah:

  • Telur rebus
  • Yogurt tanpa gula
  • Lobak merah
  • Segenggam kacang
  • Keju

Pastikan anda mengawal saiz pemakanan supaya tidak makan secara berlebihan.

6. PERTIMBANGKAN CARB CYCLING

Carb cycling adalah antara kaedah diet di mana anda makan makanan yang sangat rendah karbohidrat untuk beberapa hari dan diikuti dengan sehari makan makanan yang lebih tinggi karbohidrat.

7. BUKAN SEMUA KARBOHIDRAT SAMA

Biasanya, orang beranggapan semua jenis karbohidrat adalah sama. Karbohidrat kompleks mengambil masa lebih lama untuk dihadam daripada karbohidrat ringkas, kerana ia perlu dipecahkan kepada bentuk yang lebih ringkas.

Karbohidrat kompleks juga membuatkan seseorang lebih cepat kenyang.

8. HATI-HATI DENGAN PEMILAHAN MAKANAN

Menggantikan makanan rendah karbohidrat atau tanpa karbohidrat untuk makanan tinggi karbohidrat boleh membantu mengurangkan pengambilan karbohidrat.

9. BERSENAM

Senaman adalah penting untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan. Oang dewasa dinasihatkan untuk melakukan senaman sederhana selama 150 minit seminggu sekurang-kurangnya 10 minit.

Walau bagaimanapun, sebelum melakukan diet ini, pastikan anda dapat nasihat pakar terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang risiko kesihatan seperti sembelit, sakit kepala dan kolesterol tinggi.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Salah Faham Tentang Kolesterol Yang Biasa Orang Anggap Betul

Sumber: Medical News Today

The post Kalau Nak Dapat Badan Idaman, Kena Tahu 9 Tips Diet Rendah Karbo Ini first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!