Peguam Jelas Syarat Poligami Di Malaysia, Minta Kebenaran Isteri Pertama TAK WAJIB
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Majlis Agama Islam Narathiwat mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya 30 pasangan dari Kuala Lumpur, Kelantan dan Terengganu datang ke wilayah berkenaan pada setiap bulan untuk bernikah dan berpoligami. Hal ini kerana ramai dalam kalangan lelaki memikirkan bahawa syarat poligami di Malaysia memerlukan kebenaran dari isteri pertama.
Berikut merupakan penjelasan dari Peguam Syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader mengenai kebenaran untuk berpoligami ini.
Baca juga: Makin Ramai Suami Pilih Jadi Suri Rumah, Trend Meningkat Sebanyak 70 Peratus!
SYARAT POLIGAMI DI MALAYSIA, KEBENARAN ISTERI PERTAMA TAK WAJIB

Foto hiasan.
Mungkin ramai yang terkejut bahawa kebenaran daripada isteri pertama untuk suami melakukan poligami adalah tidak wajib di Malaysia.
Menurut Peguam Syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader, kebenaran berpoligami di negeri ini akan ditentukan di mahkamah syariah dan bukannya pihak isteri pertama. Ini juga termasuk kelayakan lelaki berkenaan termasuk dari segi tahap kemampanan ekonomi.
Hal ini disebut berikutan ramai dalam kalangan lelaki lebih memilih untuk berkahwin di negara jiran (kahwin di Thailand) kerana risau tidak mendapat kebenaran isteri pertama. Jika seseorang lelaki tersebut cukup dari segi kemampuan dan beberapa aspek lain untuk berpoligami maka datanglah ke mahkamah syariah bersama isteri pertama untuk mendengar apa yang akan ditentukan hakim.
Menurut Datuk Akberdin, hakim tetap boleh memberi kebenaran untuk poligami walaupun isteri pertama tidak bersetuju ketika memberi keterangan di mahkamah. Namun, adalah diingatkan kepada para suami untuk berlaku adil dalam pembahagian nafkah serta harta apabila sudah mempunyai isteri lebih dari satu.
Ini kerana, isteri pertama ada hak untuk membuat tuntutan nafkah dan bahagian harta serta aset suami jika dia mendapati tidak berlaku adil dalam rumah tangga.
*Jadi, buat pada suami di luar sana kalau nak berpoligami, pastikan diri sendiri cukup untuk memberi nafkah kepada setiap isteri dan bukanlah tujuan untuk bersuka-ria sahaja.
Baca juga: Suami Isteri Umur 35-39 Tahun Paling Ramai Alami Konflik Rumah Tangga, Kenapa?
Sumber: AWANI
The post Peguam Jelas Syarat Poligami Di Malaysia, Minta Kebenaran Isteri Pertama TAK WAJIB first appeared on SirapLimau.com.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan