Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Tips Biskut Raya CALLEBAUT ALMOND Rangup Sampai Ke Dalam, Suhu Kena Rendah Dan…

Setiap tahun menjelangnya bulan Syawal, pastinya biskut raya akan kelihatan di atas meja bersama juadah tradisional raya yang lain. Antara biskut yang menjadi pilihan ialah biskut raya Callebaut Almond atau Callebaut Almond Cookies.

Justeru itu, sekiranya anda penggemar biskut raya Callebaut Almond, tips dan resepi dari peniaga The Duo Kitchen ini pasti akan membantu anda untuk membuat sendiri di rumah. Ingat, kena ikut tips dikongsikan barulah biskut Callebaut Almond rangup sampai ke dalam!

Baca juga: Resepi Lauk ‘Simple’ Guna DAGING BURGER, Sesuai Sangat Bila Bahan Basah Dah Habis!

BISKUT RAYA CALLEBAUT ALMOND

biskut raya Callebaut Almond 

Gambar: The Duo Kitchen

Hari ini pulun siapkan order pelanggan Callebaut Almond Cookies. Nangis tengok harga Tiktok melantun murah tapi kita percaya rezeki Allah yang bagi. Walaupun kita jual mahal sikit, tapi yang kenal rasa pure butter dan coklat callebaut ini memang tetap akan ulang order cookies ini setiap tahun.

Baca juga: 30 Hari Menu Sahur Ibu Menyusu Kenyang Sampai Petang, Idea Berbuka Pun Ada!

Baca juga: Resepi Cornflakes Telur Masin (Salted Egg Crispy Cornflakes), Kuih Raya Laku Keras!

Tips buat Callebaut Almond Cookies

Tips saya buat cookies (mungkin ramai dah tau pun):

  1. Jangan overbeat, kalau boleh kacau pakai spatula je.
  2. Kalau boleh lepas dah siap adunan tu, perap dulu dalam fridge sekurang-kurangnya 1 jam. Nak lagi best letak je semalaman dalam fridge.
  3. Masa bakar biar suhu rendah sikit tapi bakar lama, baru masak dia tu betul-betul rangup sampai ke dalam.

Selamat berjuang kawan-kawan baker sekalian.

Baca juga: Resepi Ayam Masak Bawang Ala Kedai Nasi Kandar, Menu ‘Simple’ Untuk Sahur!

Resepi Callebaut Almond Cookieslle

biskut raya Callebaut Almond 

Gambar: The Duo Kitchen

Buat yang tanya resipi. Ini resipinya, saya halalkan dunia akhirat untuk makan sendiri atau buat berniaga. Resipi ini boleh dapat dalam 2-3 balang kuih.

  • Pure butter 250gm
  • 1 biji telur gred A
  • Gula perang 200gm
  • Almond Nib 100gm
  • 200gm chocolate chip
  • Baking powder – 1 tsp
  • Cream of tartar – 1 tsp
  • Tepung gandum – 310gm
  • Tepung jagung – 60gm
  • Esen vanila – 1 tsp
  • Minyak mazola – 4 tbsp

Baca juga: Resepi LAICI KANG, Air Berbuka Puasa Penyejuk Tekak Yang Melegakan~

Sumber: The Duo Kitchen

FT Image: The Duo Kitchen / KreyV

The post Tips Biskut Raya CALLEBAUT ALMOND Rangup Sampai Ke Dalam, Suhu Kena Rendah Dan… first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!