Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Kapal korek TT5 lokasi santai keluarga

KAPAL korek Tanjung Tualang Tin Dredge No.5 (TT5) yang pegun di Tanjung Tualang, Batu Gajah, Perak menyimpan seribu satu memori silam.

Kapal milik Malayan Tin Dredging (MTD) itu pernah menyaksikan warga tempatan bertungkus lumus menggali bijih timah di bawah seliaan penjajah Inggeris pada awal kurun ke-20.

Pembinaan kapal korek tersebut sejajar dengan arus Revolusi Perindustrian di Eropah yang memerlukan bijih timah untuk menampung sektor pembuatan dan perkilangan.

Namun, setelah beroperasi selama 44 tahun, TT5 terpaksa menamatkan operasi pada Ogos 1982 akibat kejatuhan harga bijih timah.

Semenjak itu, TT5 diselenggara dan diuruskan oleh syarikat Malaysian Mining Corporation Berhad (MMC), sebelum disumbangkan kepada Kerajaan Negeri Perak pada 1997 bagi tujuan warisan.

Pengurus Amanjaya TT5, Shaharin Zainon berkata, TT5 telah menjadi kapal korek pertama di dunia yang menerima anugerah bertaraf antarabangsa iaitu Engineering Heritage Award.

Ujarnya, pengiktirafan tersebut diberikan oleh Institution of Mechanical Engineering (IMechE) dari United Kingdom pada 23 Mac lalu.

“TT5 masih terapung seperti ketika beroperasi dan berada di kawasan terakhir tapak lombongnya.

“Kapal yang telah berusia 85 tahun ini merupakan satu mercu tanda bahawa Perak pernah dikenali sebagai pengeluar bijih timah terbesar dunia.

“Kini, generasi baharu boleh datang melawat dan melihat sendiri tapak yang dahulunya menjadi sumber ekonomi masyarakat zaman penjajahan Inggeris sehingga selepas merdeka,” katanya kepada Horizon.

MAZE Park berbentuk hati ini merupakan yang terbesar di Malaysia ketika ini.

Sebelum masuk ke dalam TT5, pengunjung boleh melawat galeri yang memuatkan artifak-artifak kapal korek, peninggalan perlombongan, serta maklumat berkaitan bijih timah.

Perkhidmatan pemandu pelancong juga disediakan untuk membantu pengunjung memahami sejarah TT5 sambil menerokai bahagian dalam kapal berkenaan.

Lawatan memakan masa sekitar 30 hingga 40 minit dan slot kunjungan pula dibuka pada setiap jam bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga pukul 4.30 petang.

Pengunjung dinasihatkan untuk menempah slot lawatan sebelum mengunjungi kapal korek.

Tambah Shaharin, pengunjung juga berpeluang mengunjungi Maze Park atau Taman Pagar Sesat berbentuk hati yang terbesar di Malaysia pada masa kini.

Maze Park berkeluasan 9,754 meter persegi itu memiliki gabungan lapan elemen utama yang terdiri daripada batu granit, bahan-bahan kitar semula serta pokok.

“Selain Maze Park sebagai tarikan utama, terdapat juga petting zoo terbuka yang menyaksikan ayam serama, biri-biri dan arnab berlegar-legar di taman.

“Kami menyediakan aktiviti bersesuaian untuk seisi keluarga berkonsepkan fun, nature dan educational,” katanya.

Terdapat juga kafe bercirikan era 80-an yang menghidangkan minuman seperti kopi, teh dan makanan ringan berupa pau dan dim sum.

Selain itu, panorama menarik berlatarbelakangkan gunung-ganang banjaran Titiwangsa dan bekas lombong sebenar yang kaya dengan flora serta fauna sesuai untuk pengunjung merakam foto

OOTD (outfit of the day).

Harga tiket adalah RM8 untuk Maze Park, manakala RM10 bagi Tin Dredge Guided Tour.

Untuk dapatkan maklumat lanjut, sila layari www.tt5perak.com.

The post Kapal korek TT5 lokasi santai keluarga appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!