Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Tip Bersihkan Kuali ‘Lejen’ Dengan Mudah, Buat Campuran 2 Bahan Ini

https://ift.tt/hR7UTyg

tip bersihkan kuali

Mari ikuti tip bersihkan kuali ‘lejen’ dengan campuran dua bahan ini. Selalunya, kesan hangus atau kehitaman muncul pada kuali atau periuk yang kerap digunakan untuk memasak. Ini boleh berlaku akibat pemanasan berterusan, gosokan bahan makanan, atau faktor-faktor lain.

Walaupun kita sering membersihkan kuali dengan menggunakan bahan seperti kawat besi, namun kadang-kadang cara ini tidak mencukupi dan boleh meninggalkan kesan calar yang tidak diingini pada permukaannya.

Baca juga: Bila Beli Kuali Baru, Kena Buat SATU Petua Ini DuIu. Baru Tak Melekat Bila Menggoreng!

Dalam kes seperti ini, mencari penyelesaian yang lebih berkesan menjadi keutamaan.

Menerusi platform TikTok Simba Memory, beliau sering berkongsi tip dan petua untuk memudahkan kehidupan seharian, termasuklah cara untuk membersihkan kesan hangit pada kuali atau periuk. Ikuti perkongsian di bawah.

TIP BERSIHKAN KUALI LEJEN GUNA CAMPURAN DUA BAHAN INI

Bahan-bahan:

  • Air Coke + Cuka (2 bahan berkesan)
  • Garam
  • Pencuci Pinggan 

Tip yang dikongsikan ialah mengenai penggunaan campuran air kola dan cuka, serta bahan-bahan lain yang berkemampuan untuk membersihkan kesan hangit pada kuali atau periuk.

Cara ini tidak hanya mudah, tetapi juga berkesan dalam menghilangkan kesan hangus tanpa meninggalkan kesan calar yang tidak diingini pada permukaan kuali.

Cara-cara membersih: 

  1. Sediakan satu bekas dan tuangkan 200ml air Kola ke dalamnya.
  2. Campurkan 100ml cuka dapur dalam bekas yang sama.
  3. Masukkan dua sudu besar garam.
  4. Masukkan satu sudu pencuci pinggan cair.
  5. Gaul semua bahan yang dicampur dan ratakan ke permukaan kuali.
  6. Biarkan campuran atas kuali selama 10 minit.
  7. Selepas itu, gosok kuali menggunakan span kasar.
  8. Hasilnya, kuali yang hangus akan berseri kembali tanpa kesan calar.

Penggunaan campuran air kola dan cuka untuk membersihkan kesan hangit pada kuali atau periuk merupakan salah satu cara yang boleh dicuba bagi mereka yang menghadapi masalah ini.

Selain daripada itu, bahan-bahan yang digunakan dalam tip ini adalah mudah didapati dan mungkin sudah ada di rumah tanpa perlu membeli bahan khas untuk membersihkan kuali.

Ini merupakan contoh tip praktikal yang dapat membantu memudahkan urusan harian, terutamanya dalam hal membersihkan peralatan memasak yang sering digunakan.

Video penuh:

Semoga bermanfaat.

Baca juga: Cara Cuci Kerak Kuali, Wanita Kongsi Guna SATU Bahan Ini Masa Sental

Sumber: Simba Memory

The post Tip Bersihkan Kuali ‘Lejen’ Dengan Mudah, Buat Campuran 2 Bahan Ini appeared first on MyResipi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!