Cara Transfer Duit Touch ‘N Go E-Wallet Ke Akaun Bank Sendiri, Senang Je!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Sekiranya anda mencari cara transfer duit e-wallet Touch ‘n Go ke akaun bank sendiri, ini adalah artikel paling tepat untuk dibaca.
Penulis kongsikan panduan lengkap di bawah untuk memudahkan urusan anda. Hanya beberapa langkah sahaja, duit dah masuk ke dalam akaun bank. Jom cuba!
Baca juga: Cara Keluarkan Duit Dari Tabung MAE Maybank, Mudah Dan Cepat. Jangan Risau!
CARA TRANSFER DUIT E-WALLET TnG KE AKAUN BANK SENDIRI
Langkah-langkahnya adalah:
1. Buka aplikasi TnG dan klik transfer. Kemudian, pilih duit now.
2. Seterusnya, pilih cara penghantaran wang sama ada ke akaun bank, nombor telefon, kad pengenalan dan lain-lain seperti yang tentera.
3. Sekiranya anda memilih penghantaran wang ke akaun bank, masukkan maklumat berkaitan bank yang diminta seperti nama bank dan nombor akaun.
4. Masukkan nilai yang ingin dihantar ke akaun bank.
5. Klik confirm transfer dan masukkan nombor pin aplikasi TnG anda.
6. Siap! Duit dari e-wallet sudah berjaya dimasukkan ke dalam akaun bank anda.
Mudah kan?
*Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa cara ini tidak boleh digunakan untuk bantuan kerajaan seperti e-Madani dan lain-lain. Kalau cuba pun, pasti gagal.
Cara yang ditunjukkan di atas hanya boleh digunakan untuk wang yang sedia ada di dalam akaun e-wallet Touch ‘n Go anda.
Baca juga: Cara Buat Tuntutan Kemalangan Akibat Jalan Berlubang, Jangan Biar Nanti Rugi
Sumber: Facebook Yuyu Aziz
The post Cara Transfer Duit Touch ‘N Go E-Wallet Ke Akaun Bank Sendiri, Senang Je! first appeared on SirapLimau.com.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan