Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

21.1 juta pengundi pilih 1,386 calon PRU15

PUTRAJAYA – Seramai 1,386 calon disahkan layak bertanding bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selepas proses penamaan calon selesai berlangsung di seluruh negara semalam.

Berdasarkan kedudukan jumlah penamaan calon bagi kerusi Parlimen, Pakatan Harapan (PH)mencatatkan jumlah calon ter­tinggi dengan 206 orang, di­ikuti Barisan Nasional (BN) (178), Perikatan Nasional (PN) (149), Pejuang (125) serta Bebas (108) dan selebihnya parti-parti lain.

Bagi kerusi DUN, BN telah mencatatkan jumlah calon ter­tinggi iaitu 117 orang, diikuti PN dan PH de­ngan masing-masing 116 calon, Pejuang (45) serta Bebas (24) dan selebihnya pula parti-parti lain.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, urusan penamaan calon bagi PRU15 dan Pilihan Raya Kecil (PRK) N66 Bugaya, Sabah yang berlangsung semalam telah berjalan dengan lancar.

Bagaimanapun, katanya, sebanyak enam kertas penamaan calon telah ditolak oleh SPR susulan beberapa faktor iaitu empat daripadanya merupakan kerusi Parlimen dan dua lagi adalah kerusi DUN.

“Sebanyak 222 Pusat Penamaan Calon (PPC) telah dibuka di seluruh negara bermula pukul 9 sehingga 10 pagi tadi (semalam) bagi bakal calon mengemukakan kertas penamaan mereka,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut Abdul Ghani, PRU15 kali ini melibatkan sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 117 kerusi DUN iaitu masing-masing Pahang, Perlis, Perak serta satu kerusi N66 Bugaya, Sabah.

“Tiada kerusi yang menang tanpa bertanding, namun enam kertas pencalonan telah ditolak yang masing-masing empat kerusi Parlimen dan dua kerusi DUN.

“Parlimen P115 Batu mencatatkan jumlah pertandingan tertinggi dalam PRU15 yang melibatkan 10 penjuru, manakala bagi DUN pula yang paling tinggi adalah N.47 Chenderiang, Perak iaitu tujuh penjuru,” ujar beliau.

Menurutnya, dengan selesainya urusan penamaan calon tersebut, maka tempoh berkempen bermula semalam selepas pengisytiharan pilihan raya dipertandingkan oleh pegawai pengurus sehingga pukul 11.59 malam pada 18 November ini.

Sementara itu, ketika dita­nya mengenai prosedur operasi standard (SOP) bagi kempen pilihan raya, Abdul Ghani berkata, perkara itu akan diumumkan kelak menerusi kenyataan media.

“Tiada (hari ini), kita akan maklumkan kemudian,” ujar ­beliau. -KOSMO! ONLINE

The post 21.1 juta pengundi pilih 1,386 calon PRU15 appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!