Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

The Magpies tekad balas dendam ke atas United

LONDON – Newcastle United bakal menjadikan April sebagai bulan paling penting buat perjalanan kelab musim ini untuk cuba merebut satu slot ke saingan Liga Juara-Juara, musim depan.

Selepas dikecewakan pada final Piala Liga Inggeris di Stadium Wembley, Februari lalu, misi besar Newcastle United pada Liga Perdana Inggeris (EPL) akan diteruskan dengan menentang lawan sama, Manchester United di St. James’ Park malam ini.

Skuad kendalian Eddie Howe nyata tidak pernah hilang motivasi untuk catatkan keputusan baik dan jika mampu mengatasi Red Devils, The Magpies berpeluang melonjak ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris.

“Ia menjadi bulan yang cukup sibuk. Setiap kali kami harungi tempoh mencabar, pada akhirnya kamu akan tahu hanya keputusan akan menentukan apa yang kami lakukan sepanjang musim ini.

“Kami memiliki dua kemenangan menentang Wolverhampton dan Nottingham Fo­rest yang mampu meletakkan kami di kedudukan baik untuk meningkatkan tahap keyakinan serta moral pasukan.

“Tugas sulung kami untuk bulan ini adalah menentang United, jadi kami perlu fokus pada itu saja dan cuba belajar daripada kekalahan pada Piala Liga Inggeris sebelum ini,” katanya.

Selepas aksi dengan Uni­ted, Newcastle bakal harungi cabaran seterusnya dalam enam lagi aksi yang bakal dilangsungkan sepanjang April ini. – AGENSI

The post The Magpies tekad balas dendam ke atas United appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!