Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Nasi Goreng Cendawan Shitake, Sesuai Untuk Anak Sebab Tak Pedas!

https://ift.tt/RE59eGs

nasi goreng cendawan

Mari cuba buat Nasi Goreng Cendawan Shitake jika tiada idea untuk menyediakan sarapan di waktu pagi atau hidangan di waktu malam. 

Nasi Goreng ini merupakan salah satu makanan tempatan yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Bukan sahaja terdapat di restoran melayu dan thai malahan ada juga sesetengah retoran cina yang menjualnya.

Baca juga: Nasi Goreng Cili Kering, Teringat Terus Nostalgia Di Kampung Halaman

Ini kerana, banyak khasiat cendawan yang dapat diperoleh daripada hidangan tersebut. Kombinasi sayur cendawan dan bahan-bahan yang lain memberikan rasa dan aroma yang lebih mengiurkan.

Bagi yang bosan asyik makan juadah yang sama, apa kata cuba resipi yang sedap dan mudah dari perkongsian Cik Puan Nur Fairuza ini. Pasti puas hati.


NASI GORENG CENDAWAN SHITAKE

Sebab dekat rumah ada banyak stok cendawan shitake fresh, jadi saja cuba resepi ini, memang sedap dan healthy, sesuai untuk anak sebab tak pedas.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Cara-cara memasak:

1. Tumis bahan tumbuk sampai naik bau.

2. Letak sos tiram dan seasoning, gaul lagi

3. Masukkan daging/ayam/udang. Gaul sampai masak. 

4. Masukkan pula sayuran: cendawan shitake, kacang panjang, atau apa saja sayuran. Gaul sampai layu/masak

5, Masukkan nasi. Gaul sampai sebati. 

6. Siap! Saya tak tambah garam pun, sebab sos tiram dan seasoning tu dah memadai. Tapi ikut suka kalau nak tambah garam.


Selamat mencuba resipi Nasi Goreng Cendawan Shitake ini. 

Sumber: Facebook Nur Fairuza

Baca juga: Jangan Panaskan Nasi Banyak Kali! Ini Sebabnya Yang Anda Kena Tahu

The post Nasi Goreng Cendawan Shitake, Sesuai Untuk Anak Sebab Tak Pedas! appeared first on MyResipi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!