Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Orang Malaysia makin kaya atau makin suka berhutang?

BARU-BARU ini, saya mengunjungi sebuah premis yang menawarkan perkhidmatan dan produk kecantikan. Niat asal mahu bertanyakan tentang produk yang dijual, tetapi akhirnya ‘terjebak’ membeli, ditambah pula tawaran promosi hujung tahun.

Bukan itu yang mahu penulis kongsikan, tetapi berhubung kaedah pembayaran yang ditawarkan.

Seperti biasa, saya menyangka pembayaran dibuat menerusi kad debit atau kredit atau pemindahan wang secara dalam talian, malah lebih daripada itu kerana ada platform yang menawarkan kaedah beli dahulu bayar kemudian.

Pengurus premis beria-ia memberitahu bayaran menggunakan kaedah itu sentiasa menjadi pilihan kerana mudah dan cepat.

Tidak sampai lima minit ia sudah diluluskan. Jadi tidak mustahil ramai yang memilihnya, lebih-lebih lagi jika ada yang terdesak atau betul-betul memerlukan barangan tersebut.

Seorang teman penulis memaklumkan dia lebih suka memilih kaedah beli dulu bayar kemudian kerana dianggap lebih ‘menjimatkan poket’.

Menurut teman itu, komitmen bulanan yang dibayar kepada penyedia perkhidmatan tersebut dikatakan lebih rendah berbanding mengeluarkan sejumlah wang yang besar dalam satu masa.

“Wang besar itu lebih baik disimpan untuk tujuan kecemasan atau melabur. Jika tidak membayar komitmen pun, wang tetap akan dihabiskan untuk perkara-perkara lain,” katanya.

Sebelum ini penulis sangka orang Malaysia ramai yang sudah jadi kaya kerana kerap membeli-belah.

Bagi penulis, tepuk dada tanya selera. Tidak mahu menggalakkan, sebaliknya jika mempunyai disiplin yang tinggi dan pendapatan tetap mungkin tiada salah nya, namun jangan sampai menjerat diri sendiri dengan hutang di keliling pinggang.

Harus diingat dalam kita sibuk berbelanja jangan lupa untuk menyimpan. Berpada-pada dalam berbelanja. Orang kata ukur baju di badan sendiri kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang.

Virus yang paling ditakuti penduduk seluruh dunia iaitu Covid-19 mengganas kembali di negara awal wabak itu dikesan di China.

Ketika ini, seluruh dunia sedang berjaga-jaga dengan kehadiran varian terbaharu iaitu subvarian Omicron dinamakan BF.7. yang dikatakan penyebab berlakunya lonjakan kes di negara Tanah Besar itu.

Ada negara yang sudah ‘bertindak’ membuat saringan awal ke atas pelancong dari China.

Selain itu pakar-pakar juga sudah mula ‘bersuara’ dengan mengeluarkan saranan termasuk menangguhkan dahulu kemasukan pelancong dari negara tersebut bagi mengelak kejadian sama pada awal tahun 2020 berulang. Pada masa sama, kita jaga kita.

Kepada pembaca Kosmo!, jaga diri dan selamat tahun baharu 2023. Terima kasih kerana terus menyokong kami. -KOSMO! ONLINE

The post Orang Malaysia makin kaya atau makin suka berhutang? appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!