Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Lelaki Ditampar Beberapa Kali

Lelaki Ditampar Beberapa Kali

Polis menahan seorang lelaki kerana menampar petugas Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) yang sedang mengambil sampel jentik-jentik di rumah suspek di Taman Melati, Bayan Baru dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata kejadian itu berlaku kira-kira 10.30 pagi ketika petugas JKNPP itu sedang membuat pemeriksaan nyamuk aedes di kawasan perumahan terbabit.

Baca: Lelaki Lumpuh Selepas Pulang Bercuti Di Bali

“Menurut lelaki itu, semasa dia sedang mengambil sampel jentik-jentik di kediaman suspek, tiba-tiba suspek datang dan terus menamparnya pada bahagian muka beberapa kali sehingga petugas berkenaan mengalami luka kecil pada bahagian dahi.

“Petugas JKNPP itu membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit dan bertindak daripada laporan itu, kami menahan lelaki berumur 44 tahun itu di rumahnya semalam kerana dia turut menghalang penjawat awam menjalankan tugas semasa insiden itu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Kamarul Rizal berkata lelaki itu direman bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 332 Kanun keseksaan.-hmetro

The post Lelaki Ditampar Beberapa Kali appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!