Resepi Daging Masak Hitam, Gaul Dengan Bawang Goreng Baru Sedap Menyengat!

Imej
https://ift.tt/2p1LYrZ Sebelum menyambut Hari Raya yang bakal tiba, kenalah cuba kemahiran memasak dahulu. Jadi untuk lauk berbuka hari ini, anda boleh masak resepi Daging Hitam yang sedap. Daging Masak Hitam terkenal dengan rasanya yang kaya dan sedikit pedas. Biasanya, ia dimasak menggunakan potongan daging yang empuk dan dimasak perlahan bersama rempah. Jaja Noriza telah kongsikan rahsia dalam resepi Daging Hitam di Facebook yang ternyata mendatangkan hasil sungguh lazat tak terhingga. Jom kita cuba! Baca juga: Air Asam Daging, Lauk Tunggu Gaji Ini Buat Orang Terliur Hirup Kuahnya RESEPI DAGING HITAM Bahan-bahan: 1kg daging (diperap dengan kicap pekat, kicap manis dan sedikit gula) 1kg bawang goreng (lebih sedap bawang digoreng sendiri, guna bawang kecil lebih sedap) 1 senduk cili kisar (jika suka pedas , boleh lebihkan) Kicap pekat Kicap manis Air asam jawa Kicap masin Garam dan gula secukupnya Air Minyak masak (untuk menumis) Cara-cara memasak: 1. Mula-...

Percaya ada hantu dalam badan, serah barang kemas

JEMPOL – Seorang warga emas menerima nasib malang apabila diperdaya tiga wanita kononnya boleh membuang hantu di dalam badan sehingga dia menyerahkan wang dan barang kemas.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa yang bekerja sebagai tukang cuci berusia 69 tahun didatangi suspek ketika berada di Pasar Lama Bahau di sini, untuk membeli sayur pada pukul 9.30 pagi kelmarin.

Tiga wanita berusia dalam lingkungan 40-an yang tidak dikenali itu dikatakan menaiki kereta jenis Proton Waja berwarna hitam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, salah seorang suspek menghampiri mangsa dan mendakwa badan wanita itu tidak bersih dan ada hantu.

“Suspek menawarkan diri untuk membersihkan dan membuang hantu di badan mang­sa tanpa sebarang bayaran.

“Mangsa bersetuju dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Suspek meminta mangsa pulang ke rumah untuk mengambil wang dan barang kemas bagi upacara membuang hantu dan datang semula berdekatan sebuah bank di Bahau,” katanya ketika ditemui semalam.

SUSPEK menyerahkan garam kononnya bagi membuang hantu kepada mangsa selepas mengambil barang kemas dan wang.

Menurut Chang Hook, mangsa yang percaya kepada suspek kemudian pulang ke rumahnya untuk mengambil wang RM1,000, dua utas rantai leher, seutas rantai tangan dan dua bentuk cincin emas.

Warga emas itu kemudian membawa barangan tersebut dan menyerahkan kepada tiga wanita berkenaan di dalam kereta di tempat letak kenderaan berhampiran sebuah bank di Bahau.

“Selepas menyerahkan bara­ngan itu, mangsa diberikan dua botol kecil air dan sebungkus garam.

“Mangsa diminta keluar kereta dengan syarat tidak dibenarkan menoleh ke belakang sebaliknya terus pulang ke rumah,” katanya.

Jelas Chang Hook, mangsa hanya menyedari ditipu suspek selepas ditanya anaknya sebaik tiba di rumah.

Warga emas itu mendakwa dia seolah-olah dipukau dan membuat laporan polis kelmarin. Jumlah kerugian dianggarkan RM2,000.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

Sementara itu, pada Majlis Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-216 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol semalam, seramai 99 individu terdiri daripada orang awam, pegawai dan anggota polis menerima surat penghargaan.

The post Percaya ada hantu dalam badan, serah barang kemas appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!