Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Elak Maraton Di KLIA! Ini Panduan ‘1st Time’ Naik Kapal Terbang, Ada 10 Proses Sebelum Berlepas

Bukan semua orang pernah rasa menaiki kapal terbang. Jadi, bagi anda yang pertama kali menaikinya, panduan dan cara naik kapal terbang ini pastinya dapat membantu!

Di mana, artikel ini berkongsikan proses-proses sebelum berlepas dan tindakan yang perlu dilakukan ketika berada di lapangan terbang agar anda lepas untuk menaiki pesawat. Jom ikuti perkongsian dari akaun X – @zalyazahari ini.

Baca juga: Moh Ler Bercuti Di Pulau Pangkor, Ini 5 Tips Mudah Supaya Boleh Datang Tiap-Tiap Tahun!

CARA NAIK KAPAL TERBANG

cara naik kapal terbang

Gambar: X – @zalyazahari

Cara boarding flight sekiranya anda pertama kali nak pergi melancong sendirian, ikut sahaja langkah-langkah ini:

1. Datang awal

  • Melancong dalam negara, sekurang-kurangnya 2-3 jam sebelum berlepas
  • Kalau anda nak pergi luar negara sekurang-kurangnya 4 jam sebelum berlepas

2. Tengok waktu perlepasan di skrin

cara naik kapal terbang

Gambar: X – @zalyazahari

Sampai sahaja, terus tengok ‘screen departure time’, carilah ‘flight time’ dan ‘number flight’ itu beserta nombor pintu iaitu ‘Gate’ mana nak kena pergi. Dan juga kaunter ‘check in’ yang mana satu.

3. Check in online atau kaunter

Kalau buat ‘online’ senang sikit. Contoh:

naik kapal terbang

Gambar: X – @zalyazahari

Kalau Air Asia buka sahaja aplikasi AA. Kemudian, tengok bawah belah kanan ada tulis “check in”. Lepas itu, masukkan ‘booking number’ and nama sekali BIN/BINTI. Dan kemudian ‘print ticket‘ anda dekat mesin di lapangan terbang itu.

naik kapal terbang

Gambar: X – @zalyazahari

Masa nak print, boleh imbas QR yang anda dapat masa beli online ataupun masukkan secara manual tulis sahaja ‘number booking’. Jangan lupa print untuk bag sekali (untuk kargo). Letaklah tag dekat bag anda terus supaya tak lupa ya.

4. Check in beg

Pergi dekat kaunter daftar masuk (check in) beg. Lepas itu, ambil ‘scanner’ itu imbas tiket dan tag bag anda!

Kemudian, dia akan timbang beg kalau tak lebih had berat akan siap! Beg tu akan pergi sendiri.

5. Perlepasan antarabangsa atau domestik

naik kapal terbang

Gambar: X – @zalyazahari

Kalau anda nak pergi luar negara, beraturlah dekat Antarabangsa. Kalau dalam negara beratur dekat Domestik itu.

Bagi pasport dan tiket anda pada pegawai yang bertugas.

Baca juga: Seronok Borong Ole-Ole Di Jepun, Kena Tahu Ini Senarai Snek Tak Halal Di Sana!

Baca juga: Tempat Camping Murah & Lengkap Semua Kemudahan, Harga 1 Malam Tak Sampai RM50 Pun!

6. Imigresen

lapangan terbang antarabangsa kuala lumpur

Gambar: X – @zalyazahari

Kemudian, anda akan jumpa imigresen. Dekat sini, anda kena letak pasport untuk diimbas dan cap jari untuk semak status perjalanan (untuk penerbangan Antarabangsa).

7. Pemeriksaan Kastam

lapangan terbang antarabangsa kuala lumpur

Gambar: X – @zalyazahari

Dekat sini pihak Kastam akan periksa beg anda, ikut sahaja apa yang diarahkan.

8. Cari pintu perlepasan

lapangan terbang antarabangsa kuala lumpur

Gambar: X – @zalyazahari

Carilah pintu perlepasan (boarding gate) anda dekat mana. Ikut sahaja signboard yang ada, tak sesat punya.

9. Imbasan beg dan X-ray badan

lapangan terbang

Gambar: X – @zalyazahari

Dekat sini letak sahaja semua barang yang ada pada anda, pegang dekat tangan itu dalam tray yang disediakan. Telefon pintar dan komputer riba pastikan letak di luar beg.

10. Tunggu pesawat

lapangan terbang

Gambar: X – @zalyazahari

Lepas itu, tunggulah penerbangan anda yang bersedia untuk berlepas. Dekat sini kena alert ya.

Kalau anda muda dan berseorangan tak payah berebut nak masuk (bukannya boleh cop tempat duduk pun). Gate akan tutup 20 minit sebelum berlepas.

lapangan terbang

Gambar: X – @zalyazahari

Akhir kata, kalau anda tak beli seat tepi tingkap tak payah sibuk nak duduk ya. Itu tempat orang dah bayar bukannya percuma.

Baca juga: Malaysia Antara 11 Negara Paling BAHAYA Untuk Wanita Travel Solo, Mengejutkan!

Sumber: X – @zalyazahari

FT Image: Zalya Zahari

The post Elak Maraton Di KLIA! Ini Panduan ‘1st Time’ Naik Kapal Terbang, Ada 10 Proses Sebelum Berlepas first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!