Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Israel Serbu Hospital Halau Kakitangan

Israel Serbu Hospital Halau Kakitangan

Hospital Al-Awda di Jabalia di utara Semenanjung Gaza pada Khamis melaporkan bahawa tentera Israel menyerbu hospital tersebut dan memaksa kakitangan perubatannya meninggalkan premis selepas empat hari dikepung, menurut laporan Anadolu Agency (AA).

Dalam satu kenyataan, pihak hospital menyatakan kakitangan perubatan dipaksa meninggalkan premis ke arah barat Bandar Gaza selepas seorang daripada kakitangan perubatan ditangkap oleh tentera Israel.

Kenyataan itu menambah bahawa 14 kakitangan perubatan masih berada di hospital, bersama 11 orang yang cedera dan pengiring mereka yang tidak dapat meninggalkan hospital tanpa ambulans.

Pada Rabu, Pejabat Media Kerajaan di Gaza menyatakan sektor kesihatan di utara Gaza telah lumpuh sepenuhnya disebabkan oleh Israel yang sengaja menyasarkan kemudahan kesihatan itu sejak 7 Oktober.

Israel melancarkan serangan besar-besaran ke atas Semenanjung Gaza sejak serangan pada 7 Oktober 2023 oleh kumpulan Palestin Hamas.

Lebih 35,700 rakyat Palestin telah terbunuh sejak itu, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak dan hampir 80,000 lagi cedera.

Lapan bulan selepas perang Israel, sebahagian besar infrastruktur rosak atau musnah di Gaza selain menghadapi kekurangan makanan, air bersih, dan ubat-ubatan yang berlarutan.

Israel dituduh melakukan genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Mahkamah juga mengarahkan Israel mengambil langkah untuk meningkatkan bantuan kemanusiaan di kawasan Palestin yang terkepung.-hmetro

The post Israel Serbu Hospital Halau Kakitangan appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!