Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Iran tahan 12,500 penunjuk perasaan, 250 terbunuh

TEHERAN –  Sebuah kumpulan hak asasi manusia menyatakan kelmarin bahawa kira-kira 12,500 orang telah ditahan dan lebih 250 yang lain terbunuh dalam protes antikerajaan di Iran susulan kematian seorang gadis berumur 22 tahun, Mahsa Amini.

Amini ditahan oleh polis moral Iran kerana melanggar peraturan pemakaian hijab dan diisytiharkan mati semasa dalam tahanan.

Kematian Mahsa mencetuskan protes di seluruh negara dengan sebilangan wanita membakar tudung dan memotong rambut mereka di khalayak ramai.

Agensi Berita Aktivis Hak Asasi Manusia (HRANA) berkata, angka korban melebihi 250 orang dan menggesa tentera Iran berhenti menggunakan ‘kekerasan melampau’.

Pusat Hak Asasi Manusia di Iran pula berkata, lebih 3000 orang ditangkap di wilayah Teheran sahaja.

Pada Khamis lalu, ketua Kor Pengawal Revolusi Islam, Mejar Jeneral Hossein Salami berkata bahawa pihaknya semakin hampir untuk menghapuskan saki baki protes di Iran.

Sebagai tindak balas, Kesa­tuan Penulis Iran mengeluarkan kenyataan rasmi.

“Penindasan terhadap orang yang membantah dengan tangan kosong telah menjadi rutin harian sejak 40 tahun lalu. Bagaimanapun, apa yang berlaku kepada kanak-kanak pada ming­gu lalu adalah antara detik paling hitam dalam rekod kerajaan sedia ada,” katanya.

Amerika Syarikat, Britain, Kanada, dan Kesatuan Eropah telah mengenakan sekatan ke atas pegawai tinggi dan polis moral berhubung tindakan keras yang dilakukan oleh mereka terhadap penunjuk perasaan di Iran. – Agensi

The post Iran tahan 12,500 penunjuk perasaan, 250 terbunuh appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!