Resepi Daging Masak Hitam, Gaul Dengan Bawang Goreng Baru Sedap Menyengat!

Imej
https://ift.tt/2p1LYrZ Sebelum menyambut Hari Raya yang bakal tiba, kenalah cuba kemahiran memasak dahulu. Jadi untuk lauk berbuka hari ini, anda boleh masak resepi Daging Hitam yang sedap. Daging Masak Hitam terkenal dengan rasanya yang kaya dan sedikit pedas. Biasanya, ia dimasak menggunakan potongan daging yang empuk dan dimasak perlahan bersama rempah. Jaja Noriza telah kongsikan rahsia dalam resepi Daging Hitam di Facebook yang ternyata mendatangkan hasil sungguh lazat tak terhingga. Jom kita cuba! Baca juga: Air Asam Daging, Lauk Tunggu Gaji Ini Buat Orang Terliur Hirup Kuahnya RESEPI DAGING HITAM Bahan-bahan: 1kg daging (diperap dengan kicap pekat, kicap manis dan sedikit gula) 1kg bawang goreng (lebih sedap bawang digoreng sendiri, guna bawang kecil lebih sedap) 1 senduk cili kisar (jika suka pedas , boleh lebihkan) Kicap pekat Kicap manis Air asam jawa Kicap masin Garam dan gula secukupnya Air Minyak masak (untuk menumis) Cara-cara memasak: 1. Mula-...

Graduan kraf tak minat usahakan labu sayong

KUALA KANGSAR – Ribuan graduan kraf tangan seramik yang dihasilkan oleh institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini seolah-olah ‘hilang’ apabila tiada yang berminat untuk terlibat dalam perusahaan kraf labu sayong khususnya di Perak.

Rata-rata pengusaha labu sayong mendakwa, kebanyakan graduan kraf tangan hanya muncul ketika mereka menjalankan latihan industri masing-masing.

Pengusaha labu sayong, Ros Fareez Musa, 51, berkata, dia sentiasa mengalu-alukan graduan kraf tangan seramik untuk bekerja dengannya, namun sejak 15 tahun lalu, tiada seorang pun yang menawarkan diri.

“Bukannya tidak ada pelajar universiti seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM) atau Institut Kraf Negara (IKN) yang menjalankan latihan industri, tetapi selepas habis latihan, tiada lagi khabar berita dari mereka.

“Saya bukan mahu menafikan peranan pihak berkaitan seper­ti Kraftangan Malaysia dalam memperjuangkan warisan bangsa ini, tetapi jika tiada pelapis, maka tamatlah riwayat seni kraf labu sayong ini satu hari nanti,” katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Ros Fareez berkata, pada ketika ini, dia hanya mengupah sepasang suami isteri bagi membantu menghasilkan labu sayong dengan gaji minimum RM1,500.

“Saya juga dibantu oleh seorang anak, namun dia memberi tumpuan kepada sudut operasi syarikat seperti penjualan secara online,” katanya.

Shahrul Izan tidak pernah berputus asa untuk berkongsi ilmu bersama generasi muda. – MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

Bagi seorang lagi pengusaha labu sayong, Shahrul Izan Ismail, 38, usahanya untuk mendapatkan pekerja dalam kala­ngan graduan kraf tangan seramik tidak pernah membuahkan hasil.

Katanya, pencariannya untuk mendapatkan khidmat graduan kraf tangan seramik itu gagal walaupun telah mengiklankan kekosongan jawatan tersebut di pelbagai medium media sosial.

Menurutnya, dia terpaksa mengusahakan perniagaannya seorang diri sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

“Sebelum PKP, syarikat saya, Alam Ijjaz Craft mempunyai tiga orang pekerja, namun mereka terpaksa dilepaskan. Apabila perniagaan disambung semula baru-baru ini, saya menghasilkan labu sayong seorang diri.

“Memang kami memerlukan pekerja mahir. Itulah masalah utama ketika ini kerana ketiadaan pekerja mahir boleh menjejaskan produktiviti,” katanya.

Menurutnya, dia sudah berputus asa untuk mendapatkan pekerja dalam kalangan graduan kraftangan seramik kerana tiada yang berminat untuk menceburkan diri.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Kraftangan Labu Sayong Kuala Kangsar Perak, Muhammad Khalis Mohd. Zalani berkata, terdapat sekitar 60 usahawan labu sayong yang bergiat aktif menghasilkan kraf tersebut di daerah ini.

Ujarnya, kebanyakan daripada mereka sudah membiasakan diri bekerja tanpa khidmat graduan kraf tangan seramik.

“Ramai graduan kraftangan memilih untuk mencari bidang lain yang lebih memebri jaminan kepada mereka,” katanya.

The post Graduan kraf tak minat usahakan labu sayong appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!