Cara Masak Mee Bandung Simple Berkuah Pekat, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’

Imej
https://ift.tt/46lLDaW Musim hujan pada waktu petang membuatkan ramai teringin berbuka puasa dengan hidangan berkuah yang hangat. Oleh itu, anda boleh cuba cara masak Mee Bandung yang simple ini. Mee Bandung adalah hidangan mee paling popular di Malaysia yang berasal dari Johor. Gandingan mee kuning bersama telur dan kuah pekat mampu membuat selera terangkat. Cara masak Mee Bandung ini dikongsikan oleh Halimatussaadiah Sidek di Facebook bersama rahsia kuah yang pekat dan sedap dihirup. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi! CARA MASAK MEE BANDUNG Bahan kisar: 2 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 10 tangkai lada kering (kurangkan jika tak nak pedas) 2 paket udang kering Bahan-bahan lain: ½kg mee kuning Segenggam kacang tanah (goreng dan tumbuk) 2 sudu tepung gandum (bancuh dengan air biar cair) Gula Garam Ajinomoto Daging Sotong Udang (ikut suka) Sawi Lobak merah Tauhu Daun sup Bawang g...

Pesan komputer riba tetapi dapat kotak bijirin

LONDON – Seorang wanita terkejut apabila menerima bungkusan mengandungi kotak bijirin, sedangkan dia memesan komputer riba untuk anak perempuannya, lapor akhbar The Sun semalam.

Lizzie Pattison, memesan komputer riba pada Oktober lalu tetapi selepas membuka bungkusan penghantaran, dia mendapati bahawa kotak bijirin yang dihantar ke rumahnya.

Wanita dari Lichfield, Staffordshire, itu kemudian segera menghubungi syarikat peruncitan online, Amazon untuk mendapatkan bayaran balik tetapi ditolak kerana tempoh untuk mengadu tentang barangan jualannya itu telah tamat.

Komputer riba itu adalah hadiah untuk membantu anak perempuannya, Daisy yang akan mengambil peperiksaan penilaian sekolah rendah pada tahun depan.

Berang dengan layanannya, Pattinson memberitahu Perbadanan Penyiaran British (BBC) bahawa: “Kebimbangan utama saya ialah akan ada sebilangan kanak-kanak pada pagi Krismas yang akan membuka apa yang ibu bapa fikirkan sebagai tablet atau komputer riba kerana mereka belum membuka kotak itu.”

Bagaimanapun, Amazon akhirnya menawarkan bayaran balik kepada Pattinson dan anak perempuannya yang berusia 10 tahun selepas BBC membantu menyiasat kes mereka. – Agensi

The post Pesan komputer riba tetapi dapat kotak bijirin appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!