Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan

Imej
https://ift.tt/hpAYbX5 Resepi kuah lontong ini dijamin sedap, walaupun anda mencubanya untuk pertama kali. Bukan itu saja, anda juga boleh menggunakan resipi untuk jualan. Selain itu, resipi ini sesuai untuk 10 hingga 12 orang makan, jadi anda tidak perlu risau tentang sukatan bahan. Cuma ikut langkah-langkah mudah dalam resipi ini! Baca juga: Jom Masak Kuetiau Thng Untuk Rumah Terbuka, Pasti Tetamu Puji Tak Henti! RESEPI KUAH LONTONG SEDAP Bahan A: Kobis bulat (dipotong) Kacang buncis (dipotong serong) Lobak (dipotong bulat) 5 biji cili api merah untuk penyeri Bahan B: 1 pek pucuk paku + suun 1 pek tempe (digoreng) 1 pek tauhu (digoreng) 250ml santan (2 kotak) 1 liter air Bahan tumisan: Ikan bilis 1 sudu kecil serbuk kunyit 1 sudu besar bawang besar (dikisar) 1 sudu besar cili kering (dikisar) Minyak untuk menumis Cara-cara: Tumiskan ikan bilis, serbuk kunyit, bawang besar dan cili kering. Setelah tumisan naik aroma, masukkan semua bahan A dan B. Bi...

Ini 5 Info Srikandi Islam Yang Hebat, Layak Dijadikan Idola Anak Muda!

Islam bukan sahaja melahirkan tokoh dalam kalangan lelaki untuk dijadikan contoh, bahkan terdapat juga dalam golongan wanita. Malah, srikandi Islam ini tidak jauh ketinggalan kehebatannya yang meliputi pelbagai bidang ilmu untuk diidolakan oleh anak-anak muda zaman kini.

Justeru itu, terdapat lima tokoh wanita Islam yang telah disenaraikan di dalam perkongsian ini. Antaranya adalah Saidatina Siti Khadijah Binti Khuwailid R.A, pahlawan wanita terkenal yang tidak mungkin mudah dilupakan. Mari baca nama-nama besar yang lain juga.

Baca juga: Ini 14 Senarai Azam Boleh Dilakukan Untuk Menjadi Muslimah Berhemah Menjelang 2023

INFO KEHEBATAN SRIKANDI-SRIKANDI ISLAM

Islam telah melahirkan ramai tokoh dalam pelbagai bidang bukan sahaja dalam pengkhususan bidang agama tetapi juga dalam bidang lain seperti Matematik, Perubatan dan sebagainya. Dan kebanyakan daripada kita hanya mengenali mereka terutamanya sebagai ulama dalam kalangan lelaki.

Namun sebenarnya dalam ramai-ramai tokoh tersebut, golongan wanita juga tidak kurang hebatnya. Kerana dalam sejarah Islam juga terdapat ramai srikandi muslimah yang sepatutnya dijadikan idola.

Terutamanya dalam kalangan anak-anak muda yang hari ini lebih mengidolakan artis-artis antarabangsa seperti K-Pop dan penyanyi antarabangsa lain, yang jelas memberi kesan buruk kepada perkembangan anak-anak remaja.

Mereka akhirnya mudah terpengaruh dengan cara pemakaian atau cara mereka bersosial sehingga terlupa hukum agama yang sepatutnya diamalkan dan dipraktikkan dalam kehidupan.

Justeru sudah sampai masanya kita kembali mengangkat semula tokoh-tokoh hebat dalam Islam terutamanya dalam kalangan wanita. Ia sebagai salah satu cara mendidik dan memberi pengajaran kepada anak-anak supaya sentiasa ingat dengan kehebatan tokoh Islam dalam pelbagai bidang yang diceburi.

ANTARA 5 TOKOH SRIKANDI ISLAM UNTUK DIJADIKAN IDOLA

Antara tokoh wanita Islam yang akan dikongsikan adalah:

1. SITI KHADIJAH BINTI KHUWAILID

2. AISYAH BINTI ABU BAKAR

3. NUSAIBAH BINTI KAAB

4. KHAWLAH BINTI AL-AZWAR

5. RABIATUL ADAWIYAH

Semoga kita dapat mengangkat semula kehebatan tokoh Islam dalam kalangan wanita ini. Supaya anak-anak dapat menjadikan mereka sebagai idola atau ikutan dalam segenap kehidupan mereka.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Sumber: Facebook Zahiruddin Juatin

The post Ini 5 Info Srikandi Islam Yang Hebat, Layak Dijadikan Idola Anak Muda! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!