Resipi Terung Berlada Style Kampung, Orang Tak Suka Sayur Pun Boleh Jatuh Cinta!

Imej
https://ift.tt/5UwQcO8 Kalau tengah buntu nak masak apa hari ini, jom cuba resepi terung berlada. Menu ini ringkas saja, tapi bila makan dengan nasi panas dan ayam goreng memang berselera! Lagi-lagi bila ada taburan ikan bilis goreng yang rangup atasnya. Fuh, boleh bertambah nasi dibuatnya. Lauk ini bukan saja sedap untuk makan tengah hari, nak buat makan malam pun sesuai. Anak-anak yang tak suka sayur pun boleh suka sebab rasa dia pedas manis dan ada rasa ‘umami’ dari ikan bilis. Baca juga: Resipi Pajeri Terung Yang Pekat Memikat, Rupanya Ada 1 Bahan Buat Rasa Lagi Sedap! RESEPI TERUNG BERLADA Bahan-bahan: 2 hingga 3 biji terung panjang (dipotong) 2 biji bawang merah besar (ditumbuk atau dikisar) 3 ulas bawang putih (ditumbuk atau dikisar) Segenggam ikan bilis (digoreng garing) Cili merah dan cili hijau (ditumbuk atau dikisar) Cili padi merah (ikut tahap kepedasan, ditumbuk atau dikisar) Garam dan gula secukup rasa Cara-cara: Panaskan minyak dan goreng terung hingg...

Resipi Ikan Kembung Masak Lemak Cili Api, Sedapnya Memang Berbeza

https://ift.tt/WudDkPK

masak lemak ikan kembung

Cara buat masak lemak ikan kembung ini agak berbeza dengan masak lemak biasa, tapi yang pasti rasanya memang sedap dan memikat.

Jika anda inginkan kelainan, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Hamizah Yatim di bawah.

Baca juga: Resipi Ikan Sambal Minang, Masak Guna Cara Ini Boleh Tahan Lama!

RESEPI MASAK LEMAK IKAN KEMBUNG

masak lemak ikan kembung

Bahan-bahan:

  • Ikan kembung (direbus dan ketepikan)
  • 13 biji cili api*
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • Segenggam kencur*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 1 inci halia*
  • 2 cawan santan
  • 2 keping asam keping
  • Serbuk pati sedap (mengikut selera)
  • Air secukupnya
  • 4 biji tomato (dipotong)
  • 5 biji bendi

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan bertanda (*) dengan sedikit air hingga halus.
  2. Kemudian, panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan yang dikisar tadi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan 2 cawan air dan asam keping. Biarkan mendidih selama lebih kurang 5 minit.
  4. Selepas itu, masukkan bendi dan biarkan masak hingga bendi empuk.
  5. Jika bendi sudah empuk, tambahkan santan dan ikan kembung, biarkan sebati selama 2 minit.
  6. Jangan lupa perasakan dengan serbuk pati sedap mengikut selera.
  7. Masukkan tomato dan biarkan mendidih selama 2 minit sebelum menutup api.

Sumber: Hamizah Yatim

Baca juga: Resipi Kuah Tiga Rasa Asli Thai, Curah Atas Ikan Siakap Rangup Memang Padu!

The post Resipi Ikan Kembung Masak Lemak Cili Api, Sedapnya Memang Berbeza appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan