Nak Hilangkan Bau Badan & Kecilkan Perut, Cuba Petua Minum Air Limau Kasturi Madu Ini

Imej
https://ift.tt/2NeTEQ3 Sesetengah orang mungkin tak selesa dengan masalah bau badan, khususnya bau peluh yang agak kuat dan sukar dihilangkan walaupun selepas mandi. Oleh itu, kami cadangkan anda cuba petua minum air limau kasturi madu ini. Selain masalah bau badan, ada juga yang hadapi cabaran untuk mengecilkan saiz perut dan mengalami masalah sembelit, terutama bagi wanita yang sedang dalam tempoh berpantang selepas bersalin. Terdapat satu petua mudah dan sangat berkesan yang boleh anda amalkan pada setiap pagi untuk mengatasi masalah ini iaitu dengan minum air limau kasturi madu. Jom tengok cara membuatnya! Baca juga: Cara Simpan Barli Rebus Tahan Lama, Boleh Buat Air Barli Untuk Kawal Kolesterol RESIPI AIR LIMAU KASTURI MADU Bahan-bahan: 3 biji limau kasturi 2 sudu besar madu asli 1 cawan air suam panas Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, masukkan madu ke dalam cawan berisi air suam panas dan kacau sampai larut. 2. Kemudian, perah limau kasturi ke dalam cawan tersebut...

Resipi Terung Berlada Style Kampung, Orang Tak Suka Sayur Pun Boleh Jatuh Cinta!

https://ift.tt/5UwQcO8

resepi terung berlada

Kalau tengah buntu nak masak apa hari ini, jom cuba resepi terung berlada. Menu ini ringkas saja, tapi bila makan dengan nasi panas dan ayam goreng memang berselera! Lagi-lagi bila ada taburan ikan bilis goreng yang rangup atasnya. Fuh, boleh bertambah nasi dibuatnya.

Lauk ini bukan saja sedap untuk makan tengah hari, nak buat makan malam pun sesuai. Anak-anak yang tak suka sayur pun boleh suka sebab rasa dia pedas manis dan ada rasa ‘umami’ dari ikan bilis.

Baca juga: Resipi Pajeri Terung Yang Pekat Memikat, Rupanya Ada 1 Bahan Buat Rasa Lagi Sedap!

RESEPI TERUNG BERLADA

resepi terung berlada

Bahan-bahan:

  • 2 hingga 3 biji terung panjang (dipotong)
  • 2 biji bawang merah besar (ditumbuk atau dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk atau dikisar)
  • Segenggam ikan bilis (digoreng garing)
  • Cili merah dan cili hijau (ditumbuk atau dikisar)
  • Cili padi merah (ikut tahap kepedasan, ditumbuk atau dikisar)
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan goreng terung hingga lembut, kemudian angkat dan ketepikan.
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar dan masak hingga garing.
  4. Perasakan dengan garam dan gula.
  5. Tambah lebih kurang setengah cawan air supaya ada sedikit kuah. Didihkan sekejap.
  6. Kemudian masukkan terung dan gaul rata.
  7. Siap, angkat dan taburkan ikan bilis goreng yang telah ditumbuk kasar di atasnya.

Sumber: Tengku RosElyza Raja Muhammad

Baca juga: Resepi Terung Bulat Goreng Berlada, Lauk Kampung Yang Ramai Suka!

The post Resipi Terung Berlada Style Kampung, Orang Tak Suka Sayur Pun Boleh Jatuh Cinta! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan