Rahsia Ayam Masak Merah Madu Cantik Berkilat, Jangan Skip Langkah ‘Ini’ Semasa Masak!

Imej
https://ift.tt/MGl1Ad9 Selepas seharian berpuasa, anda mestilah nak makan hidangan yang lazat. Oleh itu, kami cadangkan anda untuk menjamu selera dengan Ayam Masak Merah Madu ini. Ayam Masak Merah Madu sering menjadi pilihan menu jamuan terutamanya kenduri kahwin. Tak perlu tunggu dijemput, anda boleh buat sendiri di rumah dengan resipi ini. Resipi Ayam Masak Merah Madu ini dikongsikan oleh Mariana Abd Majid di Facebook yang hasilnya cukup membuatkan selera terangkat. Jom kita cuba! Baca juga: Ayam Masak Merah Kenduri Kahwin, Guna Minyak ‘Ini’ Baru Ada Aroma Pengantin! RESIPI AYAM MASAK MERAH MADU Bahan-bahan: Ayam Garam Serbuk kunyit Minyak masak Rempah kasar 4 sekawan Serai Daun pandan Daun kari Sedikit lengkuas (tambahan, tiada pun tak mengapa) Sos cili Sos tomato (nak guna tomato puree pun boleh) Madu Serbuk perasa Air secukupnya Bahan kisar: Cili kering (direbus) Bawang besar Bawang putih Halia Bahan hiasan: Daun bawang Daun sup Bawang besar (...

Penduduk berang apartmen dijamin kebal gempa bumi runtuh

ANKARA – Sisa runtuhan sebuah bangunan apartmen di selatan Turkiye yang digembar-gemburkan sebagai ‘kalis gempa bumi’ menjadi sasaran kemarahan orang ramai, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Ketika pembukaannya beberapa dekad lalu, bangunan apartmen Ronesans Rezidans itu diiklankan sebagai ‘serpihan syurga’ dan didakwa kalis gempa bumi.

Bagaimanapun, apartmen Ronesans Rezidans runtuh semasa gempa bumi lebih seminggu lalu yang menyaksikan beratus-ratus penghuni kejiranan itu terbunuh.

Mereka yang terselamat berdiri di tepi timbunan konkrit blok pangsapuri 249 kejiranan itu sambil menunggu berita orang tersayang, namun harapan untuk menemui mangsa yang masih hidup kini pudar.

“Saudara lelaki saya tinggal di sini selama 10 tahun. Bangunan ini dikatakan selamat gempa bumi tetapi anda boleh lihat hasilnya.

“Ia diperkenalkan sebagai kediaman tercantik di dunia. Kini ia dalam keadaan mengerikan. Tiada simen mahupun besi yang elok di dalamnya. Ia ibarat neraka, ” kata tukang emas berusia 47 tahun, Hamza Alpaslan.

Gempa bumi kuat di Turkiye telah mengorbankan lebih 43,000 orang dan menyebabkan berjuta-juta mangsa kehilangan tempat tinggal.

Rakyat Turkiye meluahkan rasa marah terhadap apa yang mereka lihat sebagai amalan pembinaan yang korup dan pembangunan bandar yang cacat.

Kementerian Perbandaran Turkiye menganggarkan kira-kira 84,700 bangunan runtuh atau rosak teruk akibat gempa bumi.

Walaupun Ronesans Rezidans yang diterjemahkan sebagai ‘kediaman Renaissance’ runtuh, beberapa banguna lama berhampiran blok apartmen itu masih teguh.

Kehilangan pemain bola sepak antarabangsa Ghana, Christian Atsu yang bermain untuk pasukan tempatan Hatayspor juga dipercayai tinggal di kompleks itu. – Agensi

 

The post Penduduk berang apartmen dijamin kebal gempa bumi runtuh appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!