Resepi Daging Masak Hitam, Gaul Dengan Bawang Goreng Baru Sedap Menyengat!

Imej
https://ift.tt/2p1LYrZ Sebelum menyambut Hari Raya yang bakal tiba, kenalah cuba kemahiran memasak dahulu. Jadi untuk lauk berbuka hari ini, anda boleh masak resepi Daging Hitam yang sedap. Daging Masak Hitam terkenal dengan rasanya yang kaya dan sedikit pedas. Biasanya, ia dimasak menggunakan potongan daging yang empuk dan dimasak perlahan bersama rempah. Jaja Noriza telah kongsikan rahsia dalam resepi Daging Hitam di Facebook yang ternyata mendatangkan hasil sungguh lazat tak terhingga. Jom kita cuba! Baca juga: Air Asam Daging, Lauk Tunggu Gaji Ini Buat Orang Terliur Hirup Kuahnya RESEPI DAGING HITAM Bahan-bahan: 1kg daging (diperap dengan kicap pekat, kicap manis dan sedikit gula) 1kg bawang goreng (lebih sedap bawang digoreng sendiri, guna bawang kecil lebih sedap) 1 senduk cili kisar (jika suka pedas , boleh lebihkan) Kicap pekat Kicap manis Air asam jawa Kicap masin Garam dan gula secukupnya Air Minyak masak (untuk menumis) Cara-cara memasak: 1. Mula-...

Berniat puasa semasa azan subuh

Saya ingin bertanya, adakah sah puasa jika saya niat puasa ketika azan subuh berkumandang?

JAWAPAN: Niat menepati kedudukan yang terpenting terhadap amalan-amalan dalam Islam.

Hal ini boleh dirujuk daripada hadis Rasulullah SAW yang menyebutkan bahawa sesungguhnya nilai segala amal itu tergantung pada niat bersangkutan.

Terutama sekali terhadap ibadah wajib mahupun sunah. Setiap perkara yang dikategorikan sebagai ibadah hendaklah diawali dengan niat. Sebagaimana sabda Nabi SAW:

Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khattab RA, dia berkata, saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung pada niatnya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hadis ini merupakan salah satu daripada hadis-hadis yang menjadi asas ajaran Islam.

Diriwayatkan daripada Imam Shafie bahawa dia berkata; “Hadis ini mencakupi tujuh puluh bab dalam fiqh.”

Sejumlah ulama ada yang mengatakan bahawa hadis ini merupakan sepertiga Islam. Oleh itu, para ulama telah memperbahaskan isu niat ini dan memasukkannya pada awal rangkaian ibadah sebagai rukun.

Namun begitu, ketetapan khusus untuk ibadah puasa wajib seperti puasa Ramadan, puasa nazar, dan puasa qada, niat harus dilakukan pada malam hari.

Sebagaimana sabda Nabi SAW:

Daripada Habsah isteri Nabi SAW, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda; “Barang siapa yang tidak berniat puasa (Ramadan) sebelum fajar (Subuh), maka tiada puasa baginya (iaitu puasanya tidak sah).” (Riwayat Abu Daud, Tirmizi dan al-Nasa’i)

Oleh itu, keabsahan puasa Ramadan bergantung kepada niat yang dilakukan pada malam hari, demikian menurut pandangan mazhab Syafii.

Syeikh Sulaiman Al-Bujairimi menjelaskan dalam Hasyiyatul Iqna’ sebagai berikut:

“Disyaratkan bagi puasa fardu dalam bulan Ramadan atau seumpamanya seperti puasa qada’ atau puasa nazar hendaklah memasang niat pada malam hari berdasar hadis Rasulullah SAW; “Siapa yang tidak berniat sebelum fajar, maka tiada puasa baginya.”

“Dan perlu berniat puasa setiap hari berdasar kepada petunjuk hadis,” (Lihat Syeikh Sulaiman Al-Bujairimi, Hasyiyatul Iqna’, Darul Fikr, Beirut, 2007 M/1428 H, Juz II).

Namun begitu, bagaimana pula keadaannya bagi orang yang terlupa niat puasa Ramadan pada malam hari?

Apakah sah puasanya apabila ia memasang niat siang hari atau semasa azan subuh (telah masuk fajar) dan adakah dia perlu mengqadakannya?

Berkaitan niat puasa wajib pada siang hari atau setelah terbit fajar, para ulama berbeza pendapat dalam hal ini.

Menurut mazhab Syafii, puasa wajib iaitu puasa Ramadan, puasa nazar dan puasa qada yang dilakukan niatnya pada siang hari atau selepas terbit fajar hukumnya adalah tidak sah.

Manakala bagi ulama dalam kalangan mazhab Hanafi mengatakan, hukum niat puasa sama ada puasa wajib ataupun sunat yang diniatkan pada siang hari atau selepas terbit fajar hukumnya tetap sah. Hanya puasanya itu dianggap kurang sempurna.

Menurut mereka puasa tersebut menjadi sempurna jika diniatkan pada malam hari sebagaimana keterangan hadis Rasulullah SAW.

Perbezaan pandangan ulama ini telah dihuraikan oleh Syeikh Sulaiman Al-Bujairimi dalam Hasyiyatul Iqna sebagai berikut; “Sabda Nabi SAW, ‘maka tiada puasa baginya.’ Maksudnya tidak sah, bukan tidak sempurna. (Pandangan Syafi’iyah ini) berbeza dengan pandangan Hanafiyah.

Menurut Syafi’iyah, menafikan sahnya puasa itu lebih hampir kepada penafian sebenar berbanding menafikan kesempurnaan puasa.

Pandangan Syafi’iyah ini berbeza dengan pandangan Hanafiyah’ kerana Hanafiyah membolehkan niat di siang hari sama ada puasa itu puasa wajib ataupun puasa sunah,” (Lihat Syeikh Sulaiman Al-Bujairimi, Hasyiyatul Iqna’, Darul Fikr, Beirut, 2007 M/1428 H, Juz II).

Berdasarkan pandangan jumhur ulama dalam mazhab Syafii sebagaimana yang dijelaskan, seseorang yang berniat puasa semasa azan subuh dikumandangkan, maka hukum puasanya adalah tidak sah.

Namun begitu, dia tetap wajib meneruskan puasanya pada hari tersebut bagi menghormati kewajipan berpuasa pada Ramadan dan dia wajib mengqadakan puasanya.

The post Berniat puasa semasa azan subuh appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!