Resepi Daging Masak Hitam, Gaul Dengan Bawang Goreng Baru Sedap Menyengat!

Imej
https://ift.tt/2p1LYrZ Sebelum menyambut Hari Raya yang bakal tiba, kenalah cuba kemahiran memasak dahulu. Jadi untuk lauk berbuka hari ini, anda boleh masak resepi Daging Hitam yang sedap. Daging Masak Hitam terkenal dengan rasanya yang kaya dan sedikit pedas. Biasanya, ia dimasak menggunakan potongan daging yang empuk dan dimasak perlahan bersama rempah. Jaja Noriza telah kongsikan rahsia dalam resepi Daging Hitam di Facebook yang ternyata mendatangkan hasil sungguh lazat tak terhingga. Jom kita cuba! Baca juga: Air Asam Daging, Lauk Tunggu Gaji Ini Buat Orang Terliur Hirup Kuahnya RESEPI DAGING HITAM Bahan-bahan: 1kg daging (diperap dengan kicap pekat, kicap manis dan sedikit gula) 1kg bawang goreng (lebih sedap bawang digoreng sendiri, guna bawang kecil lebih sedap) 1 senduk cili kisar (jika suka pedas , boleh lebihkan) Kicap pekat Kicap manis Air asam jawa Kicap masin Garam dan gula secukupnya Air Minyak masak (untuk menumis) Cara-cara memasak: 1. Mula-...

Warga emas duduk di tangga KLCC diziarah Ebit Lew

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ebit Lew tidak melepaskan peluang membantu seorang gelandangan warga emas yang tular hidupnya sebatang kara di sekitar kawasan Kuala Lumpur City Centre (KLCC), baru-baru ini.

Menurut hantarannya di Facebook, usahanya mencari warga emas itu sudah dimulakan sejak pukul 2 pagi tadi selepas tular di TikTok kisah hidupnya.

Katanya, warga emas berusia 74 tahun itu sudah berbulan tidur di jalanan selepas kehilangan isteri serta anaknya.

“Pak cik itu kata sudah penat hidup di jalanan dan sudah tiada sesiapa cuma menumpang simpati orang.

“Saya mengajak pak cik ikut tolong azan dekat surau kami, disitu yang ada tempat tinggal untuk pak cik,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Meskipun warga emas itu menawarkan diri menjadi pekerjanya, namun Ebit lebih memilih memberikan masa berehat buatnya di bilik baru di surau itu.

Jelas Ebit, dia yang sudah kehilangan orang tuanya tidak sanggup melihat seorang warga emas sejuk, panas, lapar dan sakit di jalanan.

“Insya-Allah pak cik nak apa-apa bagitahu saya terus ya. Nanti nak jalan-jalan mana-mana bagitahu, kami akan bawa.

“Menangis pak cik ucap terima kasih. Terima kasih ya Allah beri peluang kami menemui dan membantu pak cik ni,” katanya.

Baru-baru ini, tular seorang lelaki warga emas terpaksa tidur di tangga sekitar KLCC kerana tidak mempunyai tempat tinggal dan hidup sebatang kara undang sebak orang ramai.

Perkongsian video menerusi akaun TikTok @aisyahramly96 memaparkan seorang lelaki warga emas yang kelihatan sangat daif sedang duduk di atas tangga KLCC.

Menurut Aisyah, warga emas tersebut sudah beberapa bulan tidur di tangga sekitar KLCC kerana tidak mempunyai tempat tinggal dan tidak mempunyai sesiapa untuk bergantung harap. – KOSMO! ONLINE.

The post Warga emas duduk di tangga KLCC diziarah Ebit Lew appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!