Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Mayat Broker Dikerat Disumbat Dalam Peti Sejuk

Mayat Broker Dikerat Disumbat Dalam Peti Sejuk

Mayat broker hartanah Jerman ditemukan dalam keadaan menyayat hati apabila kepala, anggota badan dan tubuhnya dikerat dan disumbat ke dalam peti sejuk di sebuah rumah sewa di Chon Buri.

Hans Peter Mack, 62, dilaporkan hilang sejak 4 Julai lalu selepas isterinya seorang warga Thailand membuat laporan bahawa suaminya gagal pulang ke rumah selepas menghadiri mesyuarat perniagaan.

Baca: Pekerja Organisasi Mayat Terima Tiga Kepala

Mayat Mack ditemukan dalam plastik sampah dan disumbat ke dalam peti sejuk pada lewat Isnin.

Waran tangkap dikeluarkan ke atas tiga individu pada Selasa – dua rakyat Jerman dan seorang lelaki Pakistan yang memiliki kewarganegaraanThailand dan didakwa bersubahat dalam kes kecurian dan pembunuhan.

Komander polis Nong Prue Chon Buri Pol Kol Thavee Kudtang berkata waran tangkap dikeluarkan selepas polis meneliti rakaman kamera litar tertutup CCTV.

Beliau berkata seorang daripada suspek dilihat duduk di belakang sebuah trak pikap, bersebelahan peti sejuk beku tempat mayat Mack ditemukan.

“Pegawai penyiasat membuat kesimpulan bahawa tiga suspek terlibat,” katanya.

Sementara itu, Superintendan di pejabat polis wilayah Chon Buri Pol Kol Santi Kornkasem berkata seorang daripada suspek menyerah diri pada 3 petang (waktu tempatan) hari ini.

“Suspek menghubungi polis melalui peguamnya. Dia menyerah diri pada 3 petang (waktu tempatan) hari ini,” katanya.

Polis turut menemui gergaji elektrik, tali, botol air minuman, soda dan bir.-hmetro

The post Mayat Broker Dikerat Disumbat Dalam Peti Sejuk appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!