Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

YAU, Ogy Ahmad Daud wakaf 10,000 al-Quran

Yayasan Ammirul Ummah (YAU), sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang diasaskan di Terengganu, hari ini melancarkan Program Wakaf 10,000 Naskah Al-Quran bagi mempertingkatkan lagi pembangunan Islamiah di rantau Asia Tenggara.

Program tersebut dilancarkan oleh Pengarah Urusan YAU, Ibrahim Ridhwan Ismail serta sukarelawan premier YAU, seniwati Fauziah Ahmad Daud, di Masjid Al Hidayah, Taman Melawati, Hulu Kelang.

Turut hadir ramai personaliti terkenal seperti Kismah Johar, S Atan, Sandakiah Aziz, Aiman Badrul dan Zaidi Omar.

Wakaf ke Jawa Barat, Indonesia

Ibrahim berkata, ke semua 10,000 naskah Al-Quran yang mempunyai terjemahan akan diwakafkan ke Jawa Barat, Indonesia. Ia sekali gus melengkapkan jumlah 50,000 naskah yang diwakafkan kepada pelbagai pihak bagi tahun 2022 ini.

“Tahun lalu (2021), sebanyak 135,000 Al-Quran telah kami wakafkan kepada umat Islam di Indonesia seperti di Lombok, Sulawesi Utara, Bali, Papua Barat, Maluku dan Riau,” jelasnya.

Ibrahim (kiri sekali) bersama anak-anak seni di majlis wakaf 10,000 al-Quran.

Beliau berkata, segala program kebajikan yang dibuat atau disertai oleh YAU adalah menerusi sumbangan derma daripada individu dan badan-badan korporat.

YAU yang ditubuhkan pada 22 April 2001 telah menjalankan pelbagai program amal bagi membantu masyarakat Islam di Malaysia dan luar negara.

Program kemanusiaan, sosio-ekonomi

Ia merangkumi program bercorak kemanusiaan, pembangunan sosio-ekonomi dan kesihatan. Ini termasuklah wakaf Al-Quran, wakaf masjid, bantuan bencana alam, sumbangan bakul makanan untuk asnaf dan pelajar miskin serta sumbangan kerusi roda untuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Ibrahim berkata lagi, sehingga kini YAU telah membina empat buah masjid di Indonesia dan menyelenggara banyak masjid di sekitar Terengganu dari segi kemudahan tandas-tandas.

“Sebanyak enam masjid telah siap dibina di Indonesia iaitu Masjid Al Ma’mun di Garut, Masjid Nurul Jihad (Lombok), Masjid Darussalam (Jakarta), Masjid Al Ikhlas (Tasik Malaya), Masjid Az Zikri (Medan) dan Masjid Darul Ibtida (Serang).

“Masjid lain yang sedang dibina adalah Masjid Al Mukarramah di Buton, Masjid Miftahul Jannah (Donggola), Masjid Nurul Mujahidin (Luwu) dan Masjid Miftahussudur (Nusa Tenggara).

“Kos membina masjid di Indonesia adalah sekitar RM300,000 namun di Malaysia kosnya sekali ganda lebih tinggi. Jadi kami lebih fokus kepada penyelenggaraan masjid-masjid di negara kita khususnya di Terengganu,” jelasnya yang turut menyalurkan bakul makanan kepada warga Palestin, Sri Lanka selain Malaysia sendiri.

Majlis pada hari ini turut menganjurkan Kuliah Dhuha oleh PU Syed Mohd. Bakri Syed Ishak yang tampil berkongsi ilmu yang bermanfaat tentang amalan bersedekah kepada hadirin.

Sebelum ini YAU pernah menerbitkan dua filem pendek dakwah iaitu Iqra’ serta Aidil & Atok arahan Fauziah Datuk Ahmad Daud.

Sementara itu, orang ramai juga boleh memberi sumbangan kepada mangsa-mangsa gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat.

Sebarang sumbangan kepada YAU boleh disalurkan ke akaun Maybank (5630 1927 1201) atau CIMB (8603 3382 18).

Untuk info tambahan, hubungi Ibrahim Ridhwan Ismail (013-621 7881).

The post YAU, Ogy Ahmad Daud wakaf 10,000 al-Quran appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!