Resepi Daging Masak Hitam, Gaul Dengan Bawang Goreng Baru Sedap Menyengat!

Imej
https://ift.tt/2p1LYrZ Sebelum menyambut Hari Raya yang bakal tiba, kenalah cuba kemahiran memasak dahulu. Jadi untuk lauk berbuka hari ini, anda boleh masak resepi Daging Hitam yang sedap. Daging Masak Hitam terkenal dengan rasanya yang kaya dan sedikit pedas. Biasanya, ia dimasak menggunakan potongan daging yang empuk dan dimasak perlahan bersama rempah. Jaja Noriza telah kongsikan rahsia dalam resepi Daging Hitam di Facebook yang ternyata mendatangkan hasil sungguh lazat tak terhingga. Jom kita cuba! Baca juga: Air Asam Daging, Lauk Tunggu Gaji Ini Buat Orang Terliur Hirup Kuahnya RESEPI DAGING HITAM Bahan-bahan: 1kg daging (diperap dengan kicap pekat, kicap manis dan sedikit gula) 1kg bawang goreng (lebih sedap bawang digoreng sendiri, guna bawang kecil lebih sedap) 1 senduk cili kisar (jika suka pedas , boleh lebihkan) Kicap pekat Kicap manis Air asam jawa Kicap masin Garam dan gula secukupnya Air Minyak masak (untuk menumis) Cara-cara memasak: 1. Mula-...

Remaja dibelasah 10 lelaki kerana wanita asing


Remaja dibelasah 
10 lelaki kerana wanita asing

“Mangsa yang berusia 19 tahun memberitahu, dia berkenalan dengan seorang wanita warga asing melalui laman sosial, sebelum mereka berjanji untuk bertemu di sebuah restoran di kawasan berkenaan. Ketika sedang minum, mangsa didatangi empat lelaki yang bertanyakan bagaimana dia berkenalan dengan wanita tersebut. Tidak lama kemudiannya mangsa dipukul oleh mereka."


JOHOR BAHRU – Seorang remaja cedera diserang sekumpulan lelaki berhampiran sebuah restoran di pusat bandar raya ini, awal pagi hari ini dipercayai berpunca daripada seorang wanita.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian berkenaan dilaporkan berlaku pada pukul 5.15 pagi.

“Mangsa yang berusia 19 tahun memberitahu, dia berkenalan dengan seorang wanita warga asing melalui laman sosial, sebelum mereka berjanji untuk bertemu di sebuah restoran di kawasan berkenaan.

“Ketika sedang minum, mangsa didatangi empat lelaki yang bertanyakan bagaimana dia berkenalan dengan wanita tersebut. Tidak lama kemudiannya mangsa dipukul oleh mereka.

“Mangsa bertindak melarikan diri di kawasan berhampiran sebelum dikejar oleh enam lagi lelaki, sehingga akhirnya dia dibelasah sekumpulan 10 lelaki terbabit,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Tambah beliau, mangsa kemudiannya diberikan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

“Polis akan menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” jelasnya.

Sementara itu, beberapa rakaman video tular memaparkan seorang lelaki dipukul sekumpulan individu berhampiran sebuah restoran di pusat bandar raya Johor Bahru.

Rakaman video turut menunjukkan lelaki berkenaan mengalami kecederaan dibahagian muka, kepala dan badannya. Mangsa turut dipukul menggunakan kon

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!