Resepi Daging Masak Hitam, Gaul Dengan Bawang Goreng Baru Sedap Menyengat!

Imej
https://ift.tt/2p1LYrZ Sebelum menyambut Hari Raya yang bakal tiba, kenalah cuba kemahiran memasak dahulu. Jadi untuk lauk berbuka hari ini, anda boleh masak resepi Daging Hitam yang sedap. Daging Masak Hitam terkenal dengan rasanya yang kaya dan sedikit pedas. Biasanya, ia dimasak menggunakan potongan daging yang empuk dan dimasak perlahan bersama rempah. Jaja Noriza telah kongsikan rahsia dalam resepi Daging Hitam di Facebook yang ternyata mendatangkan hasil sungguh lazat tak terhingga. Jom kita cuba! Baca juga: Air Asam Daging, Lauk Tunggu Gaji Ini Buat Orang Terliur Hirup Kuahnya RESEPI DAGING HITAM Bahan-bahan: 1kg daging (diperap dengan kicap pekat, kicap manis dan sedikit gula) 1kg bawang goreng (lebih sedap bawang digoreng sendiri, guna bawang kecil lebih sedap) 1 senduk cili kisar (jika suka pedas , boleh lebihkan) Kicap pekat Kicap manis Air asam jawa Kicap masin Garam dan gula secukupnya Air Minyak masak (untuk menumis) Cara-cara memasak: 1. Mula-...

Empat Termasuk Pengarah Jabatan Kerajaan Ditahan SPRM

Empat Termasuk Pengarah Jabatan Kerajaan Ditahan SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu yang terdiri daripada dua penjawat awam termasuk pengarah jabatan kerajaan, pemilik syarikat dan pengurus pelaburan amanah kerana disyaki terbabit memberi dan menerima suapan bernilai jutaan ringgit termasuk dalam bentuk kenderaan dan kediaman.

Menurut sumber, semua suspek lelaki berusia antara 30 hingga 50-an dipercayai ditahan 7.30 malam tadi di pejabat SPRM Sarawak ketika diminta hadir memberikan keterangan.

“Suspek utama disyaki menerima suapan antara 2018 dan 2021 daripada pemilik syarikat sebagai balasan membantu syarikat itu mendapatkan dua projek membabitkan bekalan air yang berjumlah kira-kira RM44.4 juta.

“Manakala, pengurus pelaburan amanah pula ditangkap kerana disyaki menerima bayaran wang rasuah dan kediaman bagi pihak suspek utama,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Tan Kang Sai ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, kesemua suspek akan di bawa ke Mahkamah Majistret Kuching, Sarawak, pada pagi ini untuk permohonan reman.-hmetro

The post Empat Termasuk Pengarah Jabatan Kerajaan Ditahan SPRM appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!