Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Doktor Kongsi Cara Guna Air Fryer Dengan Betul Baru Lebih Selamat & Sihat!

Menerusi perkongsian terbaharu Dr Izzar Anwari di laman Instagramnnya, beliau ada berkongsi satu posting mengenai cara guna air fryer dengan betul supaya lebih sihat dan tidak memudaratkan kesihatan.

Walaupun air fryer menjimatkan masa dan minyak, anda juga perlu lebih berhati-hati ketika menggunakannya. Ikuti perkongsian lanjut di bawah.

Baca juga: Asyik Rasa Nak Muntah & Tak Selesa, Cuba Amalkan 3 Minuman Ini Untuk Legakan Gerd

CARA GUNA AIR FRYER DENGAN BETUL, LEBIH SIHAT

CARA GUNA AIR FRYER

JANGAN SALAH GUNA AIR FRYER

Boleh kata ramai dah sekarang ada air fryer di rumah sebab nak amalkan gaya hidup sihat kan? Tapi air fryer tu betul-betul menyihatkan atau sebaliknya?

Guna air fryer sememangnya lebih sihat berbanding dengan menggoreng makanan. Ia mengurangkan kalori sehingga 70-80% dan lemak pun sedikit sahaja.

Selain itu, penggunaan air fryer juga dapat mengurangkan risiko bahaya kesan daripada menggoreng menggunakan minyak masak.

Contohnya, bila menggoreng makanan berkanji (starch) seperti french fries dengan suhu tinggi, bahan kimia acrylamide akan terhasil.

Acrylamide ini berkemungkinan akan meningkatkan risiko mendapat kanser. Dengan air fryer, kita dapat mengurangkan risiko terhasilnya acrylamide.

Makanan akan lebih kurang berminyak dan berlemak sekiranya mengguna air fryer. Baru lah lebih sihat kan?

Walau bagaimanapun, terdapat satu kajian dari Korea Consumer Agency mengatakan bahawa acrylamide juga boleh terjadi jika masak makanan menggunakan air fryer sekiranya dengan tempoh yang lama dan suhu tinggi.

Kalau nak elak terjadinya acrylamide ini, jangan masak terlalu lama dengan suhu tinggi sehingga makanan jadi overcook. Macam masak french fries, kita nak dia masak jadi warna golden yellow.

Kalau jadi warna coklat, dah ada la acrylamide tu. Lagi gelap makanan berkanji yang telah dimasak tu, lagi tinggilah kandungan acrylamide.

Kesimpulannya, gunalah air fryer dengan betul dan jangan overcook makanan ye.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada pembaca SirapLimau di luar sana.

Baca juga: Nak Diet Tapi Teringin Subway…Ini Kalori & Roti Yang Sesuai Untuk Anda Order!

Sumber: Instagram Dr Izzar Anwari

The post Doktor Kongsi Cara Guna Air Fryer Dengan Betul, Baru Lebih Selamat & Sihat! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!