“Macam Mana Nak Cuba Sayang Diri, Ya?” Buat 5 Tips Ajaib Ini, Rasa Gembira & Damai Yang Dicari!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Macam mana hendak sayangi diri sendiri? Persoalan yang ringan kedengaran di halwa telinga, tetapi bukan mudah memperolehnya. Kadang-kadang membahagiakan diri sendiri tidak perlu tingkah yang besar kerana perbuatan yang kecil sudah cukup membuatkan diri senyum sampai ke telinga.
Sebagaimana perkongsian tips sayangi diri sendiri dari Nur Najihah Shafie di bawah ini, terdapat 5 perkara yang boleh anda lakukan untuk memperoleh cinta dan damai untuk diri sendiri. Jom, sama-sama lakukan!
Baca juga: 5 Tips Sentiasa Tenang Bila Duit Makin Susut, Baca Doa & Zikir Ini!
SAYANGI DIRI SENDIRI

Gambar: jcomp
“Macam mana nak cuba sayang diri, ya?” dia bertanya menanti jawapan. Mana satu yang kamu biasa lakukan? Kongsi lah.
1. Luangkan waktu untuk ‘me time’
Pertama, pastikan kamu ada waktu untuk diri kamu sendiri. Me time itu penting supaya kamu tahu diri kamu juga ada hak terhadap dirimu. Carilah waktu itu dan luangkan untuk rehatkan jiwamu.
2. Cari kedamaian dengan suasana
Kedua, cari suasana yang mendamaikan. Jangan penjara diri sendiri. Alam ini Allah SWT cipta cukup luas dan indah. Keluar ambil angin. Buatkan dirimu tenang dan tersenyum lagi.
3. Reward diri
Ketiga, adakala berilah reward kepada diri kamu. Buat kamu rasa disayangi dan dibahagiakan oleh diri sendiri. Mungkin reward itu cukup sekadar secawan air kopi kegemaranmu.
4. Didik diri untuk menulis
Keempat, menulislah. Luahkan tentang perasaan dan kisah hidupmu. Menulis itu terapi juga. Nanti tiba masa kamu akan baca semula dan kamu sedar sudah banyak kamu tempuhi dengan sedayanya.
5. Baca buku menghidupkan jiwa
Kelima, bacalah buku-buku yang menghidupkan jiwa. Buku yang bantu kamu untuk cari sisi baik dalam hidup yang penuh ujian ini. Kamu tahu, buku boleh jadi teman sejati?
Kesimpulan
Saya doakan semoga kamu sentiasa cuba untuk menyayangi diri. Buatlah apa juga usaha, jangan pernah kamu lupa Allah SWT menyayangimu. Allah sangat dekat dengan kamu.
Baca juga: Rasa Diri Wanita Solehah, Tengok Ada Tak Ciri-Ciri Ini, Kalau Ada Alhamdulillah…
Sumber: Nur Najihah Shafie
FT Image: benzoix
The post “Macam Mana Nak Cuba Sayang Diri, Ya?” Buat 5 Tips Ajaib Ini, Rasa Gembira & Damai Yang Dicari! first appeared on SirapLimau.com.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan